Gogoro lancar dua skuter elektrik dengan ciri penukaran bateri pantas

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat penghasilan skuter yang berpangkalan di Taiwan, Gogoro telah melancarkan dua motel skuter elektrik, Gogoro 2 Delight dan model prestasi Gogoro S2 dengan ciri unik yang menjadi tanda perniagaan Gogoro.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Gogoro 2 Delight dan Gogoro S2 (gambar bawah) berkongsi jarak pengoperasian yang sama iaitu sekitar 110 km, cukup untuk kegunaan seharian. 

Kedua-dua skuter tersebut direka dengan ciri penggantian bateri di dalam masa kurang daripada enam saat. 


Ciri tersebut membolehkan pengguna menukarkan bateri yang telah discas sepenuhnya kepada bateri baru di 596 stesen bateri Gogoro yang terdapat di seluruh Taiwan (setiap satunya jarak sekitar 1 km daripada stesen ke stesen lain) tanpa perlu memikirkan perjalanan stesen pengecasan terhampir. 

Gogoro 2 Delight menggunakan motor elektrik berkapasiti 6.4 kW yang mampu mencapai kelajuan sekitar 88 km/j, manakala Gogoro S2 pula menggunakan motor elektrik berkapasiti 7.6 kW dengan kelajuan maksimum sepantas 92 km/j. 

Kedua-dua model skuter tersebut didatangkan dengan aplikasi mudah alih telefon pintar yang mampu mengubah tetapan pada skuter mengikut citarasa peribadi. 

Malah, ia juga turut dilengkapi ciri anti pencuri bagi mengelakkan pengguna lain selain daripada pemilik mampu mengoperasikan skuter comel itu. 
 


Gogoro menjual kedua-dua skuter pada pasaran Taiwan dengan harga pemulaan $1,600 (RM6,400++) sehingga $2,000 (RM8,000++) untuk varian prestasi. 
 

Sumber: Electrek

Berita Berkenaan

Berita Global
Perlumbaan untuk menghasilkan bateri lithium soild state adalah perlumbaan paling ketara sekarang…
Berita Global
Bercakap dengan pemberita Nikkei Asia, Liu Jingyu, pengerusi CALB berkata pembinaan kilang bateri…
Berita Global
Bateri baharu itu mensasarkan pembinaan bateri yang mampu bertahan selama 15 tahun, hampir dua kali…