GOCAR PERLUAS PERKHIDMATAN KE 10 STESEN MRT

oleh Hamimah Hamid|
PLATFORM aplikasi perkongsian kereta, GoCar baru-baru ini mengumumkan untuk memperluas platform perkongsiannya ke 10 stesen MRT terpilih.

Ia adalah salah satu usaha untuk meningkatkan kemudahan komuter di sekitar Lembah Klang selain menjadi alternatif pilihan pengangkutan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun, usaha untuk memperluaskan lokasi adalah untuk menambahkan rangkaian supaya lebih ramai penumpang boleh mengakses perkhidmatan itu dengan mudah.

GoCar di stesen mrt

"Penyepaduan perkhidmatan kami dalam hab transit seperti stesen MRT akan memangkinkan penyelesaian mobiliti yang lebih cekap dan lancar pada masa hadapan,” katanya.

 

Sempena itu, GoCar menawarkan diskaun masa terhad yang menarik sebanyak 50 peratus, tanpa had menggunakan kod promo “YAY50" untuk semua perjalanan pergi dan balik.

 

Tawaran itu terpakai kepada kenderaan terpilih dalam kumpulan GoCar, termasuk kenderaan elektrik (EV), kecuali Ora Good Cat. 

 

Promosi eksklusif bermula dari 1 hingga 15 Disember 2023 untuk perjalanan dalam tempoh yang sama dengan kadar diskaun bermula dari serendah RM6.95 sejam atau RM52 sehari dan tersedia di semua lokasi perkongsian GoCar.

 

10 lokasi stesen MRT GoCar baharu itu adalah Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Sri Damansara Sentral, Kepong Baru, Sungai Buloh, Jinjang, Kuchai, Universiti Putra Malaysia (UPM), Taman Equine dan Putra Permai.

 

 

Penulis: Firdaus Razani