Go-Jek Indonesia ditawar dana US$1 billion untuk kembangkan perniagaan

oleh HEZERI SAMSURI|
Pelabur-pelabur Go-Jek, perkhidmatan e-hailing menggunakan motosikal di Indonesia telah menawarkan syarikat itu sekurang-kurangnya US$1 billion atau RM4 billion untuk memperkembangkan perniagaan tersebut ke pasaran luar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan media barat, antara pelabur Go-Jet ialah Tencent Holdings Limited, syarikat internet terbesar China dan Warburg Pincus, firma ekuiti persendirian dari US. 

Para pelabur mahu memastikan sebarang usaha Go-Jek untuk memulakan perkhidmatan itu di pasaran luar akan berjaya. 

Menurut sumber media barat, Go-Jek belum memastikan samada ia bersetuju untuk menambah modal pusingan syarikat tersebut.

Go_jek baru-baru ini telah melancarkan pungutan dana dan menerima sambutan dari Google, Temasek Holdings dan JD.com Inc dari China. 

Bloomberg News melaporkan bahawa dana yang diterima Go-Jek melalui usaha terbaharu itu berjumlah US$1.5 billion dan menaikan nilai syarikat Go-Jek kepada US$5 billion.

Bulan lalu Go-Jek mengumumkan bahawa ia mahu melabur sebanyak US$500 juta untuk mengembangkan perniagaannya ke Vietnam, Thailand, Singapura dan Filipina kerana mahu mengambil kesempatan tindakan Uber untuk keuar dari pasaran Asia Tenggara.

Go-Jek akan memberikan saingan sengit kepada Grab dari Malaysia. Grab kini sedang berkembang pesat kerana ketiadaan Uber lagi.

Go-Jek bermula dari aplikasi telefon untuk mengambil penumpang menggunakan motosikal. Ia kini turut menawarkan perkhidmatan membayar bil, menghantar makanan dan membeli tiket wayang.

Kerajaan Malaysia sebelum ini telah mengumumkan ia tidak berminat dengan sistem e-hailing motosikal kerana  motosikal masih menjadi punca utama kemalangan maut di dalam negara setiap tahun.

Careta sendiri merasakan sedikit sukar untuk rakyat Malaysia menerima perkhidmatan ini kerana ramai yang tidak mahu menunggang motosikal, terutama di kawasan bandaraya. 

Namun begitu, mungkin kita kena lihat samada Go-Jek berjaya atau tidak di Singapura. 


 

Berita Berkenaan

Berita Global
Electrum telah memulakan pembinaan kilang pemasangan motosikal elektrik pada bulan Jun lalu di Jawa…
Berita Global
Selex Motors merupakan syarikat pembuat bateri dan motosikal elektrik yang telah digunakan oleh…
Berita Global
Persefahaman dua syarikat itu bakal menghasilkan motosikal elektrik di bawah nama Electrum dan akan…