Go Auto akan lancar bas elektrik hujung tahun ini

oleh DIANA ISMADI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

GO Auto kini bakal memperkenalkan bas elektrik tidak lama lagi dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluar dan komponen kenderaan elektrik (EV) serantau.

 

Pengarah Eksekutif Go Auto, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, semua prototaip EV kini sudah hampir siap sepenuhnya.

 

Tambah Azli lagi, Go Auto diberikan kepercayaan untuk membekalkan bas elektrik yang melibatkan kos pelaburan bernilai RM30 juta daripada kerajaan negeri Melaka. Unit terawal bas elektrik dijangka diserahkan pada hujung tahun ini.

 

 

Pada masa sama, Go Auto turut dalam perbincangan terakhir untuk beberapa projek baharu lagi bagi membekalkan bas elektrik lain.

 

Selaras Dasar Automotif Negara (NAP) 2014, Malaysia menetapkan sasaran satu juta jumlah jualan industri (TIV) menjelang 2020, dan 10 peratus ialah EV.

 

Pembabitan Go Auto dalam membangunkan EV dan komponen berteknologi tinggi adalah sebahagian usaha menjayakan NAP2014.

 

Ini secara tidak langsung meletakkan Go Auto sebagai antara syarikat peneraju utama yang komited mahu membangunkan ekosistem EV secara serius.

 

"Bagi memastikan penghasilan komponen EV berjalan lancar, kami menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat pengeluar EV seperti pembuat bateri Microvast dari Amerika Syarikat dan pengeluar bas Higer,” kata Azli lagi.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kilang tersebut juga dikhususkan kepada pembuatan dan pemasangan NEV termasuk kenderaan elektrik (…
Berita Domestik
Usaha sama pertama dengan Go Auto adalah untuk mengimport kenderaan elektrik di bawah jenama Neta,…
Model Terbaharu
Dari segi ukuran, Higer Ace E1 membawakan dimensi sepanjang 5.4 meter (5,380 mm), lebar 1,880 mm,…