Go Auto ajak beraya dengan sifar GST!

oleh Muhamad Hanif|
Merujuk kepada pengumuman kerajaan berkenaan kadar sifar GST, pihak Go Auto Sales Sdn Bhd kini menawarkan promosi "Now or Never Celebrating Raya with Zero GST".
Promosi Duit Raya

Menerusi tawaran terbaharu ini, setiap pembelian model baharu SUV Haval menjanjikan penjimatan sehingga RM9,500, tambahan rebat tunai sehingga RM3,000, duit raya bernilai RM1,200 dan juga baucer petrol bernilai RM300. 
 


Tawaran ini bermula sekarang sehingga 30 Jun 2018. 

"Promosi terbaharu ini dilancarkan bersempena pengumuman sifar GST dan musim perayaan yang bakal menjelang tidak lama lagi dan pihak Haval dengan sukacitanya ingin menawarkan SUV serba baharu sebagai kereta raya buat pelanggan," ujar Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto, Dato' SM Azli. 

"Kempen Reimagine juga bakal berlangsung di bulan Ramadhan dengan kunjungan daripada pasukan Haval Hollerz ke pusat membeli belah di Lembah Klang bagi memeriahkan suasana sempena musim perayaan," tambah beliau. 
 

Tags

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengarah Urusan Kumpulan GO Auto Sdn Bhd, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata: "dengan…
Berita Domestik
Menurut Pengarah Eksekutif Kumpulan Go Auto, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal, promosi ini…
Pelancaran
Pengarah Eksekutif Kumpulannya, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, pelancaran promosi…