GMC Denali beri fokus kepada pintu belakang pikap

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pintu belakang trak pikap (tailgate) ialah lebih kepada sekeping besi untuk menutup ruang kargo (truck bed) di belakang.

Modifikasi paling canggih dilakukan kepada peminat trak pikap ialah dengan memasang peredam hidraulik (hydraulic damper) kepada tailgate, membolehkan ia turun sendiri dengan perlahan (tailgate biasa akan jatuh ke bawah dengan kuat jika kita tidak menahannya).

 

GMC Sierra Denali 2018

 

Jenama trak popular US, GMC nampaknya menghasilkan dua perubahan besar kepada genre trak pikap dengan trak Sierra Denali 2018 baharu mereka.

 

 

Denali baharu datang dengan bahagian ekor (truck bed) yang dibuat dari carbon-fibre. Dipanggil CarbonPro, panel sisi dan lantai kargo menggunakan gentian karbon dan bukannya besi.

GMC berkata ia adalah bahan terbaik kerana ia tidak kemek, tidak bercalar dan paling menarik, tidak akan berkarat.

Ia juga 28 kg lebih ringan dari yang dibuat menggunakan besi, dan itu membantu dari segi prestasi pemanduan pikap mewah itu.

 

 

Satu lagi inovasi yang dilakukan oleh GMC ialah pintu tailgate itu sendiri.

Digelar MultiPro Tailgate, GMC menganggap ia adalah tailgate paling inovatif di dalam dunia dan Careta sokong kerana tidak pernah terfikir tailgate itu boleh dimajukan.

MultiPro Tailgate menggunakan konsep pintu dalam pintu. Ia mempunyai pintu kecil untuk memudahkan pengguna mengambil barang dan juga digunakan untuk meletak kargo bertingkat.

Malah selain dari dua fungsi di atas, ia ada empat lagi fungsi kegunaannya.

Lihat video di bawah untuk belajar keenam-enam fungsi MultiPro Tailgate dari GMC Denali 2018 ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, salah satu model ikonik mereka yang dijelmakan semula pada tahun 2020, pikap GMC Hummer EV…
Berita Global
Tidak pun lama selepas kemunculan semula Hummer EV pada tahun lalu, GM telah pun mengesahkan…
Berita Global
Telah diperkenalkan sejak tahun 2019, namun apa yang mengecewakan pada model tersebut adalah ruang…