GIIAS 2019 - tanpa harga rasmi, Renault Triber terima lebih 1,000 tempahan!

oleh Mohamad Hanif|
Pertama kali diperkenalkan untuk pasaran India, Renault Triber merupakan sebuah model LMPV yang dibangunkan berasaskan platform CMF-A yang digunakan untuk model Kwid.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan salah satu calon yang sesuai untuk dibawa masuk ke pasaran Indonesia yang sememangnya cukup meriah dengan lambakan model LMPV. 

Pengedar kenderaan Renault, Maxindo Renault Indonesia baru-baru ini membawakan kenderaan tersebut di acara Gaikindo Indonesia International Auto Show (GIIAS) 2019 dan mengikut laporan daripada Kompas, sambutan yang diterima cukup memberangsangkan!

 


Manakan tidaknya, dengan harga jualan rasmi yang masih belum diumumkan, Renault Indonesia telah berjaya mencatatkan angka tempahan melebihi 1,000 unit sepanjang acara berlangsung. 

Lebih tepat lagi, daripada 1,386 unit tempahan yang diterima, 74.5 peratus daripadanya dikuasai oleh Renault Triber dengan wang pendahuluan yang diperlukan sekitar 3 juta Rupiah sahaja (RM883). 

Difahamkan, Renault Indonesia bakal membawa masuk secara rasmi Triber ini menjelang Disember 2019.
 


Sambutan yang diterima bukan sahaja daripada pihak persendirian, malah menurut COO Maxindo Renault Indonesia, Davy J. Tuilan berkata, terdapat syarikat (yang tidak didedahkan identitinya) yang berminat untuk membeli Renault Triber dalam jumlah yang besar kuantitinya.

Dengan dimensi yang sedikit kurang berbanding Mitsubishi Xpander, Renault Triber masih mampu memuatkan tujuh tempat duduk dengan 100 konfigurasi yang boleh ditawarkan, terima kasih kepada tempat duduk baris kedua boleh gelongsor dan tempat duduk baris ketiga yang mudah untuk ditanggalkan. 
 


Jika anda memilih untuk meletakkan tempat duduk baris ketiga, hampir tiada ruang untuk barangan anda - 84 liter sahaja, dan jika ia dialihkan, Renault Triber mampu menawarkan sehingga 625 liter ruang di bahagian belakang.

Ruang dalaman pula tampil minimalis, di mana stereng kelihatan kosong tanpa sebarang butang fungsi, namun Renault mendatangkan paparan digital untuk kegunaan pemandu, di samping sistem hiburan skrin sentuh bersaiz sederhana. 

 


Poin bonus yang didatangkan termasuklah slot pengecasan 12V, slot pengecasan USB, ruang storan yang banyak serta corong pendingin hawa untuk ketiga-tiga baris tempat duduk!

Enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter mampu menjana 71 kuasa kuda dan 96 Nm yang dipadankan dengan transmisi manual 5 kelajuan atau automatik. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan daripada media automotif negara jiran, Autonetmagz, Renault Triber tersedia dalam…