Gerabak disini bukanlah bermaksud gerabak keretapi yang kita semua maklum, ia adalah panggilan orang tempatan terhadap jentera unik yang dicipta bagi mengangkut muatan kelapa sawit, nenas dan kelapa dari ladang dengan hanya menggunakan nadi kuasa daripada enjin Vespa.
Mungkin sekali idea tersebut telah dibawa balik oleh pelancong pelancong China yang saban tahun melawat Malaysia dan tersebar dengan meluas sehinggakan di pedalaman China, terdapat rekaan yang mengadaptasikan idea gerabak pada sebuah jentera sembilan roda.
Syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan tricycle SHS175ZH-2 ini, Shenghuoshen (maksud: Holy Fire God) menggunakan enjin motosikal 175 cc 4-stroke dengan sejukan cecair yang mampu mencapai kelajuan 60 km/j.
p/s: teringat zaman kecik dulu selalu sangat jalan-jalan dengan gerabak ni.
kredit gambar: Azmi Shuib