Gentari, Sarawak Energy dan SEDC Energy bekerjasama untuk membangunkan tenaga bersih di Sarawak

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Penyedia tenaga bersih, Gentari telah menandatangani dua Perjanjian Kerjasama Strategik (SCA) dengan Sarawak Energy Berhad dan SEDC Energy untuk bekerjasama dalam meneroka peluang yang berpotensi bagi membangunkan dan menggunakan penyelesaian tenaga bersih di Sarawak.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam perjanjian Gentari dengan SEB, tumpuan akan diberikan kepada mempelbagaikan dan meningkatkan campuran tenaga Sarawak.

Ianya membolehkan bekalan tenaga yang lebih mampan dan boleh diperbaharui, melalui penggunaan projek tenaga boleh diperbaharui.

Sementara itu, kerjasama Gentari dengan SEDC Energy akan memberi tumpuan kepada pengeluaran hidrogen hijau dengan mengoptimumkan sumber boleh diperbaharui yang banyak di negeri itu.

Selain itu, Gentari bekerjasama dengan kedua-dua SEB dan SEDC Energy untuk mewujudkan satu komprehensif dan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang luas di Sarawak.

Dimana ia merupakan satu inisiatif penting untuk mempromosikan penyelesaian mobiliti hijau dan menggalakkan peralihan ke arah pengangkutan karbon rendah di negeri itu.

Untuk memastikan kejayaan penuh kerjasama strategik itu, Gentari akan bekerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan pihak berkepentingan lain dalam rangka kerja penyelarasan awam-swasta.

Pihak-pihak terlibat berhasrat untuk meningkatkan komunikasi secara menyeluruh, memupuk sinergi yang lebih besar, dan menyelaraskan usaha ke arah mencapai matlamat tenaga bersih Sarawak.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Ditempatkan dengan strategik di parkir aras bawah tanah The Exchange TRX, kemudahan pengecas EV…
Berita Domestik
Perkongsian strategik ini menyediakan pentas bagi kesediaan NAZA Auto untuk menjadi pemain yang…
Berita Domestik
Bukan itu sahaja, kerjasama antara kedua-dua pihak itu juga bakal mewujudkan perkhidmatan bernilai…