Genetic Select: Bawa Pulang Sebuah Lexus Guna Air Liur

oleh SALINA JALIL|
Tahukah anda, dengan hanya "menderma" air liur, anda mampu membawa pulang sebuah Lexus yang direka khas berdasarkan genetik anda?

Nampak mustahil, tetapi itulah yang cuba Lexus lakukan dengan kerjasama sebuah syarikat penganalisa DNA 23andMe. Memperkenalkan Genetic Select oleh Lexus. Melalui program ini, Lexus cuba untuk menunjukkan kepada semua bahawa kereta mereka akan datang boleh diprogramkan untuk menepati cita rasa pelanggan.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Tidak percaya? Saksikan sendiri video dengan durasi 1 minit 41 saat ini menunjukkan bagaimana dengan teknologi genetik mampu mengubah sesebuah Lexus sesuai dengan gaya dan citarasa pembeli.

 

Bermakna, sebelum kereta Lexus sampai ke tangan anda, pihak Lexus akan menganalisa DNA anda dan mereka bentuk ciri dan spesifikasi yang ada pada Lexus bertepatan dengan kandungan DNA pembeli.

 

 

Sebagai contoh, sekiranya anda seorang peminat tegar kopi, Lexus akan memberikan cup holder yang bersaiz besar untuk anda letakkan cawan Starbucks kegemaran anda. Pihak Lexus juga akan menetapkan haruman di dalam kereta anda berdasarkan analisa genetik anda. Menarik bukan?

 

Lexus juga dilihat menghapuskan peranan sebuah kunci kereta fizikal. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah menjilat stereng kereta anda sebelum memulakan perjalanan. Sistem komputer akan mengesan anda adalah pemandu yang ditetapkan sebelum membenarkan anda memulakan perjalanan.

 

Setelah memperolehi DNA dari air liur anda, Lexus akan menyiapkan kereta yang diingini dalam masa 48 jam sebelum menghantarnya ke depan pintu rumah anda.

 

Adakah anda percaya bahawa Lexus mampu lakukan semua ini? Adakah anda tahu wanita di dalam iklan Lexus ketawa di akhir video ini? 

 

Penulis muda:  Muhamad Hanif

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…