Genesis G70 - pencabar 3-Series, C-Class dan A4

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sepuluh tahun lalu, tajuk di atas pasti akan membuat anda tergelak.

Ia umpama berkata Modenas bakal mencabar Ducati dan Yamaha.

Namun begitu, masa sudah berubah dan sekarang Modenas sudah menggunakan teknologi super canggih dari India, Hyundai Korea menggunakan teknologi sendiri untuk berdiri sama tinggi dengan pencabar-pencabar dari Jerman.

genesis 1

 

Model Genesis G70 yang dilancarkan beberapa hari lalu dikatakan adalah usaha Hyundai untuk membuktikan ia mampu menghasilkan model mewah dengan prestasi dan kualiti yang setaraf.

Genesis ialah jenama mewah untuk Hyundai, seperti konsep Lexus untuk Toyota dan Infiniti untuk Nissan. 

Hyundai mengambil tenaga pakar luar untuk memastikan Genesis ini lebih baik dari model-model Jepun. 

genesis 2

 

Contohnya ialah Manfred Fitzgerald yang menjadi Ketua Bahagian Genesis. Beliau dahulunya  menjadi Pengarah Jenama dan Rekabentuk di Lamborghini.

Luc Donckerwolke, bekas Ketua Rekabentuk Bentley telah menjadi antara tunjang utama projek Genesis sejak tahun 2015 lagi.

Sangyup Lee, yang menggantikan Luc di Bentley juga diambil dan kini menjadi Timbalan kepada Luc dan juga membantu dalam penyiapan G70 ini.

genesis 3

 

G70 hadir dalam tiga varian enjin - 3.3-liter V6 Turbo GDI, 2.0-liter Inline-4 turbo dan 2.2-liter Inline 4 Turbo Diesel.

Varian enjin 3.3L V6 Turbo mampu menghasilkan 370PS dan memecut dari 0 ke 100 kmsj dalam masa 4.7 saat serta mempunyai halaju maksima setinggi 270 kmsj.

Adakah ia akan datang ke Malaysia?

Selagi pasaran kenderaan terpakai negara ini dikawal oleh satu puak yang mempunyai agenda tersendiri, dan selagi pasaran kenderaan terpakai kita tidak boleh dieksport keluar, mungkin sedikit sukar untuk Genesis menembusi pasaran kita dengan jumlah jualan yang tinggi.

Malah, jenama premium Eropah sendiri sudah mula menggunakan taktik menjual unit-unit "pre-registered" dengan harga yang hampir menyamai sebuah sedan segmen D Jepun.

Fikir-fikirkan.

genesis 5

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…