Generasi milenium lebih suka baiki sendiri kerosakan kecil berbanding baby boomer - Kajian eBay di UK

oleh Muhammad Md Tajudin|
eBay Motors
eBay Motors
Lebih satu perempat golongan milenium akan membaiki sendiri kereta mereka bagi menjimatkan kos berbanding mengupah bengkel menurut kajian eBay di United Kingdom (UK).

Satu dapatan lagi menunjukkan hanya 18 peratus golongan baby boomers sanggup membaiki sendiri kereta dan lebih gemar menghantarnya ke bengkel.

Berbeza dengan tanggapan popular, lebih 23 peratus responden golongan Gen Z berusia di antara 17 hingga 24 tahun sanggup membaiki sendiri kerosakan kecil pada kereta.

eBay merupakan pusat jualan automotif dalam talian terbesar di UK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
eBay UK
eBay UK

 

eBay menjual pelbagai komponen dari pedagang, bengkel dan perniagaan kereta bagi memenuhi semangat DIY terutama sekali di kalangan generasi muda dan pemilik kereta.

Berdasarkan analisa 2022, eBay memerlukan gudang saiz 11 bumbung Stadium Wembley untuk kesemua perkakasan dan aksesori kereta yang disenaraikan di dalam laman webnya.

Penggantian pengelap cermin di antara perkara paling mudah dan lebih daripada separuh pelangan sedia untuk melakukannya di rumah.

Jualan 2022 mengesahkan dapatan itu dengan penjual dalam talian menawarkan pengelap cermin yang cukup untuk disusun pada jarak lebih 485 kilometer.

 

eBay UK

 

Satu lagi dapatan menunjukkan satu perlima pemilik kereta sanggup mengganti cermin sisi sendiri dan lebih baik daripada gagal ujian MoT (pemeriksaan kenderaan).

Di UK, cermin sisi yang patah atau pecah boleh menjadi punca kegagalan ujian mandatori kenderaan.

Sekali lagi sebagai metafora, eBay pada tahun lalu telah menjual cermin sisi yang cukup untuk 18 kolam renang saiz Olimpik.

Bukan sahaja perkakasan luar, komponen dalaman seperti kerusi kereta dan alas kaki turut mendapat permintaan tinggi.

Apa lagi dapatan menarik? Jualan bateri kereta melalui eBay cukup untuk menguasakan Menara Eiffel lebih daripada 20 tahun!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Nota:
  • Kajian eBay menggunakan data jualan sebenar 2022 dan berdasarkan komponen Nissan Qashqai yang merupakan kereta terlaris UK pada 2022.
  • Penyelidikan pengguna dibuat oleh Censuswide sebagai wakil kepada eBay. Kerja lapangan dilaksanakan dari 9 hingga 11 Januari 2023.
  • Tinjauan sampel melibatkan 1,535 responden di UK yang memiliki atau memandu kereta (usia 16+).
Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kesemua ini mewujudkan satu peluang perniagaan yang besar jika diuruskan dengan baik.  Itu…
Berita Global
Unit Suzuki Swift bukanlah digunakan untuk perjalanan merentas negara seperti yang mereka gemar…
Berita Global
Kereta biasa menjalankan kerjanya sebagai sebuah objek empat roda bagi membawa manusia daripada…