Generasi Ketiga Hilux - Perintis SUV Toyota

oleh SALINA JALIL|
Penjualan generasi ketiga Hilux bermula pada September 1978. Brosur jualan Hilux ketika itu menampilkan sebuah Hilux berwarna oren dengan garisan grafik sisi yang unik beserta slogan “Dilahirkan di Jepun, dibesarkan di Amerika”. Slogan itu tidak lain dan tidak bukan menerangkan kebolehupayaan sebuah Hilux sebagai kenderaan penumpang dan juga kenderaan berulang alik ke tempat kerja.

Bermula dengan generasi ketiga ini juga lah buat pertama kalinya model versi pacuan empat roda diperkenalkan pada Oktober 1979. Enjin berkuasa 108 hp dengan kod 18R-J bersesaran 2.0 liter digunakan untuk versi 4WD yang mana ia berkongsi teknologi dengan model off-road Toyota Land Cruiser yang dikeluarkan pada tahun yang sama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
hilux 2

 

Penawaran enjin diesel pertama di dalam Hilux juga bermula pada bulan Disember tahun yang sama. Enjin dengan kod designasi L ini mampu menghamburkan 62hp dan 162Nm tork, pada mulanya ditawarkan untuk versi pacuan roda belakang. Versi 4WD diesel memasuki pasaran pada bulan Mac tahun berikutnya.

 

 

Jika generasi sebelum ini, Hilux hanya ditawarkan dengan single cab dan transmisi manual sahaja, generasi ketiga ini menyaksikan Hilux telah mula dijual dengan pilihan sama ada single atau double cab, berserta pilihan transmisi manual empat atau lima kelajuan dan transmisi automatik tiga kelajuan.

Tahun 1981 menyaksikan kerjasama di antara Toyota dengan syarikat Winnebago Industries, sebuah syarikat tempatan di Amerika yang pakar membuat motor homes atau recreational vehicle (RV). Menggunakan trak pikap Hilux sebagai asas, dan panel gentian kaca di bahagian belakang, ini merupakan satu cubaan berani Toyota untuk memasuki pasaran sport utility vehicle (SUV) di Amerika. Kolaborasi di antara dua syarikat ini telah menghasilkan SUV di bawah jenama Trekker. Dianggarkan sebanyak 1500 unit Trekker telah dijual.

 

Pada tahun-tahun terakhir pengeluaran (1983), Toyota telah melancarkan Trekker versi mewah Mojave untuk pasaran Amerika. Dengan 3500 unit terhad, varian Mojave dilengkapi dengan tempat duduk jenis bucket, radio multiplex dengan dua pembesar suara, dan juga kemasan krom pada gril dan bumper belakang. Antara peralatan pilihan yang turut ditawarkan adalah stereng kuasa, pendingin hawa dan juga cruise control! Ia turut dijual di pasaran Thailand di bawah nama Toyota Hilux Super Star.

Pembangunan model Trekker ini merupakan perintis kepada pengenalan model SUV Toyota 4Runner, atau lebih dikenali dengan Hilux Surf di pasaran Jepun pada tahun 1984.

Terbukti di sini masa mengubah segalanya, dari sebuah trak yang ditugaskan membawa manusia, beralih pula di bawa ke kebun dan ladang dan dinaiktaraf menjadi SUV dengan ciri kemewahan. Mungkin kah selepas ini ia boleh menjadi sebuah trak terbang?

 

Penulis muda: Mohamad Hanif 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Toyota, air boleh menyebabkan berlakunya litar pintas pada komponen elektronik selak pintu…
Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…