Oleh itu, menurut ketua rekaan Nissan, Alfonso Albaisa berkata pasukan pereka di Nissan kini sedang berusaha untuk memulakan projek Nissan GT-R dengan nadi kuasa dan platform serba baharu dan tidak menggunakan platform GT-R sedia ada.
Malah menurut beliau, casis serba baharu ini direka untuk memuatkan sistem hibrid.
Namun, pasukan pereka masih belum memulakan sebarang kerja sehinggalah para jurutera memutuskan spesifikasi akhir bagi sistem pacuan kuasa dan platform GT-R serba baharu itu.
Albaisa menyebut, dengan misi menjadikan GT-R sebagai kereta terpantas di dalam kelasnya, pilihan sistem hibrid untuk diadaptasi pada platform terbaharu itu tidak sewajarnya ditolak walaupun ia masih di dalam peringkat cadangan.
Sejarah percubaan Nissan menggunakan sistem hibrid boleh dilihat pada GT-R LMP1 yang dibangunkan pada tahun 2016 bersempena World Endurance Championship namun tidak pernah berpeluang untuk berlumba pada kejuaraan tersebut akibat penarikan diri oleh Nissan.
Kereta lumba tersebut menggunakan enjin 3.0 liter V6 digandingkan dengan sistem hibrid elektrik mampu menghasilkan 526 kuasa kuda di dalam keadaan standard, memberikan bayangan bahawa kuasa yang bakal dihasilkan oleh GT-R generasi baharu itu mampu melepasi julat 600 kuasa kuda dengan mudah.
Menurut Albaisa lagi, GT-R serba baharu itu bakal memperlihatkan ciri yang lebih sasa dan kurang elemen sayap (less wing, more brick).