Gempar: Proton Savvy muncul di Indonesia, 7 unit terjual untuk suku pertama 2018!

oleh Mohamad Hanif|
Proton Savvy, antara model Proton yang diingati kerana ia disebut-sebut sebagai pengganti model Proton Tiara (Tiara Replacement Model) pada tahun 2005 sehinggalah ditamatkan pengeluaran pada tahun 2011 akibat dikalahkan oleh supercar paling laju di Malaysia, Myvi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Artikel kali ini tidaklah mengisahkan berkenaan model pengganti Tiara, mahupun pengganti Savvy oleh kerana Proton kini mempunyai hatchback Iriz sebagai senjata utama untuk menawan kembali pasaran yang kian suram. 

 


Satu artikel yang timbul dari blog automotif negara jiran, iaitu Autonet Magz menimbulkan tanda tanya apabila mereka mendapati nama Proton Savvy dengan enjin 1.2 liter daripada Renault itu masih terjual di Indonesia. 

Tambah membingungkan, menurut data penjualan kenderaan yang dikeluarkan oleh Gaikindo untuk tempoh suku tahun pertama 2018, nama produk Proton yang terjual di sana iaitu Iriz didapati terkeluar daripada senarai, dan digantikan oleh Proton Savvy. 

Terdapat 7 unit Proton Savvy yang dibawa masuk ke Indonesia di mana 6 daripadanya terjual pada bulan Mac dan selebihnya pada bulan April. 

 


Hairan bin ajaib bukan? 

Adakah benar Proton masih menjual Proton Savvy di Indonesia? Setelah 13 tahun berada di pasaran, adakah ia kini menjadi item rebutan di kalangan para peminat Proton di sana?