GEMPAR! Jelmaan mangsa nahas bas Genting muncul di Kementerian Pengangkutan

oleh SALINA JALIL|
Menteri Pengangkutan Anthony Loke kelihatan jelas dalam merungkai permasalahan keselamatan jalanraya kerana dia sanggup bersemuka dengan ‘bayang-bayang roh’ nahas jalanraya terburuk negara yang berlaku lima tahun lalu.

Adakah ini kerana suara-suara halus dijana dari helaian mukasurat laporan nahas Genting di dalam almari berhabuk di ibu pejabat Kementerian, telah berbisik kepada Loke semenjak akhir-akhir ini yang mengingatkan beliau mengenai urusan yang masih belum selesai dari nahas jalanraya melibatkan 37 nyawa terkorban pada 2013?

Atau pun, Loke telah pun membaca laporan setebal 44 mukasurat ini sebelum memegang tampuk Kementerian Pengangkutan?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Walaupun baru dilantik kurang dari sebulan di dalam tugas, semalam Loke telah mengumumkan bahawa Kementerian kini melawat semula laporan yang disediakan oleh panel penasihat bebas seramai enam orang yang diterajui oleh Tan Sri Lee Lam Thye suatu ketika dulu.

Loke tidak teragak-agak menyebut bahawa laporan nahas bas Genting, yang dipandang sepi oleh Menteri Pengangkutan terdahulu, akan diguna pakai sebagai menambah baik isu keselamatan kenderaan berat yang melanda industri ekoran nahas bas ekspres di Muar dua hari lalu.

Dia nampak bersungguh mahu mendalami laporan dan laksanakan “mana-mana cadangan yang berguna dan boleh diguna pakai” dari senarai 51 butiran atau cadangan yang diberikan oleh badan penyiasat bebas yang sudah terbuku layu lama tidak diendahkan di sebuah bangunan di Jalan Tun Hussein, Putrajaya.

 

Loke kemudian menyebut bahawa satu jawatankuasa khas akan dibentuk untuk merungkai semula kandungan laporan oleh panel penasihat bebas yang telah menemui kecelaruan yang menyumbang ke atas bas penumpang Genting itu agar ia dapat dijadikan panduan untuk lapangan bas penumpang termasuk bas henti-henti dan bas ekspres.

“Saya akan cadangkan penubuhan jawatankuasa khas ini kepada Kabinet pada Rabu ini,” katanya.

“Saya telah meminta Ketua Setiausaha Kementerian untuk melawat semula laporan tersebut dan kita mahu melihat sejauh mana cadangan-cadangan tersebut telah dilaksanakan selama ini.

“Tidak perlu untuk kita menjalankan kajian yang baru kerana ini adalah masanya untuk kita membuat langkah susulan dan pergi ke hadapan dari kajian terdahulu,” Loke memberitahu para wartawan semalam di pejabatnya.

 

Dari laporan nahas bas Genting yang pernah menggoncang industri pengangkutan beberapa tahun lalu, ia telah mendedahkan ketidakcekapan dan pelanggaran amalan dari pelbagai agensi kerajaan dan penguatkuasa yang telah dianggap sebagai bukan rahsia lagi di kalangan pemain pengangkutan awam dan pakar keselamatan jalan raya sejak sekian lama

Laporan 44 halaman itu telah menghuraikan kegagalan secara sistematik oleh agensi-agensi kerajaan bertahun lamanya dengan sikap tidak acuh untuk memikul tanggungjawab dan menjalankan bidang kuasa yang diberikan kepada mereka, sesuatu yang bukan lagi perkara yang mengejutkan untuk orang ramai.

Hari ini, Careta.my membaca semula laporan tersebut dan tertarik dengan satu perenggan di bawah butiran 3.5 yang bertajuk 'Sikap Sambil Lewa Kepada Keselamatan Jalan Raya':

"Panel amat prihatin dengan penemuan bahawa pengurusan kanan beberapa agensi kerajaan dan organisasi swasta mencerminkan sikap tiada daya dan menunjukkan kesungguhan yang lemah terhadap keselamatan jalan raya, walaupun pada hakikatnya mereka berada pada kedudukan yang boleh pengaruhi atau membuat keputusan untuk melaksanakan langkah yang sesuai dalam kebiasaan tugas mereka."

Laporan yang pada asalnya boleh didapati atas talian dari Februari 2014, namun di atas sebab yang tidak diketahui, sudah tidak didapati di laman Kementerian Pengangkutan sejak tiga tahun lalu.

 

Yang jelas, laporan panel penyiasat itu menyoroti kekurangan penguatkuasaan yang bersungguh dan tahap komunikasi dan arahan untuk amalan operasi selamat bagi kenderaan perkhidmatan awam termasuk kelemahan di dalam keselarasan operasi oleh pihak berkuasa dan organisasi yang berkaitan.

Panel juga telah mencadangkan agar Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara (NTSB) ditubuhkan dalam masa dua tahun dari tempoh laporan itu dibentangkan pada Februari 2014. Namun, sehingga hari ini bayangan NTSB hanya di atas kertas.

Terdapat begitu banyak penemuan dan saranan yang digariskan oleh panel yang boleh ditulis secara panjang dan lebar di sini oleh Careta.

Namun kami ingin memberi ruang kepada Menteri Pengangkutan baru dan pasukan peneraju Kementerian untuk menceritakan serta selesaikan perlaksanaan saranan dari laporan panel pensihat bebas itu dan seterusnya tidak mengecewakan orang ramai.

Inilah masanya menanggalkan topi sambil lewa yang membelenggu usaha keselamatan jalanraya di Kementerian Pengangkutan sebelum ini dan memberikan keadilan kepada mangsa-mangsa nahas bas Genting dan keluarga mereka.

 

 

Oleh Shahrim Tamrin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga…
Berita Domestik
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Hasbullah, sistem HS WIM itu boleh beroperasi…
Berita Domestik
Namun, pemenang lesen bagi kad orang kelainan upaya (OKU) masih tertakluk syarat ditetapkan Jabatan…