Geely - Volvo kongsi teknologi, komponen dan pembekal

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Geely Auto, Geely Holdings dan Volvo Cars hari ini telah menandatangani perjanjian untuk membolehkan ketiga-tiga syarikat itu berkongsi platform, teknologi, komponen dan juga pembekal.

Perjanjian ini adalah bagi membantu menjadikan kesemua jenama di bawah ketiga-tiga syarikat itu menjadi lebih kompetitif di dalam perniagaan automotif global.

Ia juga akan membantu kesemua jenama terbabit dalam menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) generasi baharu yang dijangka akan menjadi genre kenderaan umum masa hadapan.

Menurut Hakan Samuelsson (di bawah), Presiden dan CEO untuk Volvo Cars, perjanjian itu akan membantu Volvo dalam beberapa bidang.

 

Haakan

 

Pertamanya, ia akan membantu Volvo untuk membina dan mendapat teknologi baharu seperti Scalable product Architecture (SPA) dan juga, powertrain dan modular architecture. Volvo Cars juga akan mempunyai akses terhadap komponen-komponen serta berkongsi pembekal antara kesemua syarikat itu.

Keduanya, dengan pegangan sebanyak 30 peratus saham di dalam Lynk & Co, Volvo akan memastikan jenama itu akan menjadi jenama premium yang kompetitif.

Ia juga membantu Volvo untuk memasuki pasaran China, pasaran automotif yang terbesar di dunia.

Volvo sebelum ini terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk bersaing dengan syarikat-syarikat kenderaan premium yang lain. 

Di bawah Ford, Volvo tidak begitu mendapat teknologi terkini agar ia boleh menandingi syarikat automotif dari Jerman.

Sejak dibeli oleh Geely Holdings tujuh tahun lalu, Volvo dilihat terus melonjak maju dengan kehadiran model-model serba canggih dan serba modern yang diterima baik oleh semua pasaran.

Samuelsson turut menambah bahawa dengan adanya Geely sebagai syarikat induk, buat pertama kalinya Volvo akan mempunyai model untuk segmen kompak premium yang jauh lebih baik dan mampu mengejutkan pasaran kenderaan automotif premium.

 

new S40

 

"Model siri 40 baharu (gambar konsep di atas) akan dilancarkan dalam masa beberapa bulan lagi," terang beliau.

Samuelsson kemudian menambah bahawa Geely sangat serius dalam menjadi peneraju automotif tempatan dan global.

"Fasiliti yang ada di Geely adalah yang terbaik dn paling modern di dalam China. Produk Lynk & Co yang saya sendiri lihat dan pandu semalam membuktikan ia sudah bersedia untuk pasaran global dan ia juga adalah produk terbaik dari China," sambungnya.

Geely Auto ialah pembuat kenderaan dibawah jenama Geely sementara Volvo Cars pula ialah syarikat automotif yang berpengkalan di Sweden. 

Geely Holdings pula syarikat induk yang memiliki Geely Auto dan Volvo serta beberapa jenama lain termasuk Lynk & Co, jenama yang baharu dilancarkan semasa Pameran Automotif Shanghai awal tahun lalu.

 

Lynk & Co

 

Lynk & Co ialah jenama yang dimiliki oleh Geely Auto, Geely Holdings dan Volvo Cars dan model pertama Lynk & Co akan menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA), yang juga akan digunakan oleh siri 40 baharu dari Volvo (S40 dan V40).

Pegangan saham untuk Lynk & Co ialah Geely Auto (Hong Kong) sebanyak 50 peratus, Volvo Cars sebanyak 30 peratus dan 20 peratus dimiliki oleh Geely Holdings.

Lynk & Co akan memulakan penjualan mereka dengan pasaran domestik China, dan kemudian akan mula dijual di Eropah.

Produk Lynk & Co akan merangkumi model-model dalam pasaran B, C, D dan E dan ia bercadang untuk melancarkan produk pertamanya, SUV Model 01 pada suku keempat tahun ini.

Ia juga bakal melancarkan sedan mewah mereka pada separuh pertama hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…