Geely tiada masalah dengan Proton

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Laporan dari sebuah laman web Singapura yang melaporkan Geely mula mengalami masalah dalam cubaan untuk menguruskan Proton.

Menurut laporan laman web tersebut, Geely mula terasa masalah untuk melakukan perubahan kerana tidak memiliki saham majoriti di dalam Proton. 

Antaranya ialah kesukaran mem buat keputusan, sikap menjaga kroni dan maslah pekerja yang sering keluar lama untuk waktu solat dan minum teh.

Syarikat kenderaan dari China itu memiliki 49.9 peratus saham di dalam Proton Holdings dan selebihnya masih dimiliki oleh DRB-Hicom.

Namun begitu, tuduhan tersebut disangkal oleh sumber-sumber Careta.

 

Solat
Isu pekerja Islam mengambil masa yang lama adalah antara isu yang sering dikeluhi oleh majikan bukan Islam kerana mereka tidak faham dan tidak mahu bertanya kepada orang islam yang lain akan cara menanganinya. Imej dari Adib Rawi.

 

"Masalah waktu solat tidak wujud. Mereka solat Zohor sewaktu masa rehat tengahari dan Asar pula selepas waktu pejabat. Proton bukan satu-satunya syarikat kenderaan yang mempunyai majoriti pekerja beragama Islam dan ini bukan satu masalah," ujar salah satu sumber Careta yang rapat dengan syarikat kenderaan itu.

Malah, semasa Careta melawat Geely di China, syarikat itu memang mempunyai pekerja beragama Islam dan untuk memastikan mereka lebih bersedia dalam menerima kunjungan kakitangan Proton yang akan bekerja di sana, Geely akan membina surau dan memastikan kafeteria menjual makanan halal.

Seorang lagi sumber yang ditemuramah oleh Careta berkata laporan tersebut tidak berasas kerana Geely dan Proton sedang sibuk untuk menjayakan projek mereka.

"Tunggu sahaja pengumuman mereka pada 26 September nanti dan semua gosip-gosip hasutan ini akan berhenti," ujarnya.

Sememangnya akan ada pihak yang tidak akan berpuas hati, namun bila semua mata di dunia memandang, pastinya Geely dan Proton akan memastikan kerjasama yang dijalin akan membuahkan hasil.

 

* Imej solat dari adib-rawi_raya-aidiladha-008.jpg

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…