Geely tak pernah kacau Volvo

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber yang rapat dengan syarikat Sweden itu, Volvo tidak pernah mempunyai masalah dengan pemilik baharunya, Geely.

“Pada mulanya, memang pekerja Volvo terkejut. Satu perbentangan dilakukan di hadapan pekerja untuk memperkenalkan siapa itu Geely dan kami semua pada mulanya khuatir adakah syarikat dari China ini faham apa itu Volvo kerana produk mereka pada zaman itu memang sangat berlainan dari produk Volvo,” ujar sumber Careta itu.

Namun sambungnya lagi, Geely cuma bertanya tentang status jenama itu di Malaysia dan kemudian tidak lagi masuk campur dengan urusan Volvo, baik di sini ataupun di mana-mana.

“Memang ramai yang beranggapan Geely akan cuba masuk campur dalam semua urusan Volvo, ataupun akan cuba menggunakan nama Volvo untuk kepentingan mereka atau produk mereka tapi ternyata pandangan itu meleset sama sekali.”

“Malah, kilang pemasangan dan pembuat komponen Volvo di China sendiri tidak dikawal oleh Geely tetapi oleh pekerja Volvo sendiri,” terangnya.

 

volvo china factory
Kilang pemasangan Volvo di China mengeskport kenderaan ke pasaran Eropah.

 

“Geely nampaknya bijak dalam menjaga kepentingan Volvo. Mungkin kerana ia tahu Volvo ialah sebuah jenama premium dan penuh dengan sejarah dan mereka tidak mahu mengubahnya.”

“Apa yang Geely lakukan ialah membantu dari segi suntikan modal selepas mereka melihat apa yang Volvo sudah ada untuk pasaran akan datang,” katanya.

Tidak seperti pemilik sebelum Volvo, Ford Premier Automotive Group, Volvo kali ini diberi kebebasan penuh untuk menghasilkan model-model serba baharu.

 

Volvo S80
Volvo S80 dan S60 dahulu menggunakan platform yang dikongsi bersama Ford Mondeo dan lain-lain.

 

Produk Volvo sebelum ini ialah hasil guna-semula atau perkongsian dengan komponen Ford yang membataskan kreativiti pasukan Volvo.

“Kerana itu, produk Volvo sekarang kita lihat jauh berbeza dari Volvo sebelumnya. Model XC-90 sekarang seperti langit dengan bumi berbanding dengan yang sebelumnya. Sama juga dnegan model S-90 dan V-90 sekarang yang nyata sudah mampu menggugat jenama dari Jerman,” ujar seorang penganalisa industri automotif tempatan.

Mungkin kita di Malaysia berfikiran serong akan Geely dan dengan itu terus menutup apa-apa usaha ke arah kemajuan. 

Mungkin kerana itu, kita “semakin maju”. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh CEO Proton, Dr. Li Chunrong dalam satu majlis sambutan…
Berita Global
Beliau mendedahkan bahawa Geely Auto akan menggabungkan platform Cell-to-body (CTB) generasi baharu…
Berita Global
Kini, Geely baru sahaja melancarkan EV pertama di bawah jenama mereka sendiri iaitu Geely Galaxy E8…