Geely kini pengeluar nombor satu China bagi segmen kenderaan tenaga baharu

oleh Mohamad Hanif|
Geely Auto Group kini memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemain nombor satu di China bagi segmen kenderaan tenaga baharu.

Dengan pengenalan dua model baharu yang memfokuskan kepada penggunaan tenaga baharu, Geely menyatakan bahawa lebih banyak model akan diperkenalkan pada masa akan datang di dalam segmen yang sama.


PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Berucap ketika di Beijing International Auto Show 2018, An Conghui, Presiden dan CEO Kumpulan Geely Auto berkata: "China akan menjadi pusat bagi revolusi tenaga baharu yang akan mendefinisikan semula fungsi kereta yang kita semua tahu, seterusnya menjadikan industri automotif (China) menjadi kuat dan berdaya tahan."

"Sebagai pendahulu jenama automotif China, kami sedar persaingan akan membentuk perang teknologi dan kami seharusnya mendahului (penguasaan) di dalam inovasi teknologi untuk menjadi pelopor di zaman yang baru," tambah beliau. 

 

"Geely menyedari (perubahan arus industri automotif) ini sejak 12 tahun yang lalu. Bemula dari situ, kami memperbetulkan strategi kami dengan mencebur diri di dalam bidang tenaga baru dengan cara melabur secara mendalam di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, di samping memperkukuhkan usahasama strategik kami dengan Volvo."

"Kami telah mengupah lebih dari 2,500 tenaga pakar seluruh dunia di dalam sektor (tenaga baru) ini dengan fokus kepada pembangunan sistem hibrid, tenaga elektrik, fuel cell dan tenaga bahan api alternatif," ujar beliau mengakhiri bicara. 

Kini, Geely merupakan pelopor teknologi tenaga baharu di dunia sejajar dengan Blue Geely Initiative yang diumumkan lewat 2015, di mana syarikat tersebut mensasarkan untuk mengeluarkan kenderaan pacuan tenaga baharu ini secara besar-besaran menjelang tahun 2020. 

Geely Auto Group kini mensasarkan lebih daripada 90% kenderaan keluarannya terdiri daripada tiga teknologi utama iaitu kenderaan elektrik (EV), plug-in electric (PHEV) dan hibrid, yang mana 65% daripada keseluruhan jualan disasarkan untuk PHEV dan HEV manakala selebihnya daripada penjualan EV pada tahun 2020.
 


Bo Rui GE diperkenalkan pada Beijing International Auto Show 2018, merupakan kereta hibrid sedan pertama yang dibangunkan oleh Geely dengan usahasama Volvo.

Bo Rui GE dilengkapi dengan enjin 1.5 liter plug-in hibrid ini mampu menawarkan kadar penggunaan bahan api sekitar 1.6 liter per 100 km menjadikannya kenderaan jenama China yang pertama mengatasi jenama antarabangsa yang lain di dalam penjimatan bahan api dan prestasi. 

Dalam masa yang sama, Geely juga turut memperkenalkan versi mild hibrid Bo Rui GE yang memberikan penjimatan yang lebih 15% daripada enjin petrol biasa dengan kadar yang dicatatkan 5.8 liter per 100 km. 

Turut dipamerkan pada masa yang sama ialah pengenalan konsep SUV berteknologi tinggi avant-garde yang dikenali dengan nama Concept Icon. 

Concept Icon ini bertujuan menunjukkan kepada dunia kesediaan Geely bagi meneroka dan mempelbagaikan trend baharu di dalam arena reka bentuk.


 


"Ketiga-tiga model baharu ini menjadi perintis kepada kesediaan Geely memasuki dunia baharu di mana kenderaan bertenaga baharu ini bakal mendominasi jalan raya," kata An. 

"Tahun ini sahaja kami akan melancarkan pelbagai model (PHEV, EV dan HEV). Kami akan memastikan kesemua produk dan platform kenderaan kami bakal dikuasakan oleh elektrik sepenuhnya pada masa akan datang," An memberikan jaminan. 

Sebagai rumusan, An berkata: "Geely memilih untuk menjadi pelopor di dalam pembuatan kereta praktikal untuk kegunaan harian dan bukan sekadar pertunjukan semata-mata."

"Pendekatan ini membolehkan kami melepasi beberapa halangan bagi mendapatkan keputusan yang terbaik di dalam aspek dinamik kenderaan, ekonomi dan juga teknologi kepintaran buatan."

"(Pencapaian) ini tidak mampu untuk mengenepikan Geely sebagai kuasa besar di dalam industri yang menghasilkan kenderaan tenaga baharu yang paling cekap di dunia," ujar beliau mengakhiri bicara. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Akan tetapi, Volvo dan Geely bersepakat untuk menolak perancangan penggabungan penuh seperti yang…
Berita Global
Menurut sumber media utama dunia, beberapa syarikat automotif didapati telah memulakan semula…
Berita Global
Dengan pengiktirafan ini, ia sekaligus menandakan tahun ke-lapan Geely tersenarai di dalam kumpulan…