Geely Holding kini pemilik majoriti Group Lotus, 49% baki milik Etika Automotive

oleh Muhammad Md Tajudin|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain dari berita tentang struktur baharu Proton Holdings Berhad dan subsidiarinya, hari ini juga menyaksikan selesainya transaksi pembelian pegangan majoriti Zhejiang Geely Holding (Geely Holding) dalam pengeluar kereta sport premium, Lotus.

Geely Holding kini memiliki pegangan majoriti sebanyak 51 peratus dalam Lotus Advance Technologies Sdn Bhd (Lotus) manakala baki 49 peratus dimiliki oleh kumpulan automotif tempatan, Etika Automotive (Etika).

Struktur syarikat

 

Jean-Marc Gales (kanan) dan Aslam Farikullah.

 

Dengan selesainya transaksi ini, Lembaga Pengarah Lotus secara rasminya terbentuk yang terdiri dari lima wakil dengan tiga dilantik oleh Geely Holding dan dua lagi dilantik Etika.

Di bawah struktur baharu ini, Geely Holding telah melantik Naib Presiden Eksekutif Geely Holding dan Ketua Pegawai Kewangan, En. Daniel Donghui sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Lotus.

Wakil lain dalam lembaga pengarah dari Geely Auto ialah Naib Presiden dan Ketua Pegawai Teknikal Geely Auto, En. Feng Qing Feng dan Naib Presiden Bisnes Antarabangsa yang juga Penasihat Eksekutif kepada Presiden Geely Holding, En. Nathan Yu Ning. 

Etika pula telah melantik konsultan korporat dan pendokong kuat syarikat teknologi, Dato' Sharil Tarmizi sebagai wakil dalam lembaga pengarah. 

Ketua Pegawai Eksekutif Lotus yang menyertai syarikat pada 2014, Jean-Marc Gales kekal di jawatannya. 

Aliran tunai positif

 

Ibu pejabat Lot

 

Pada setengah tahun pertama 2017, Lotus berada dalam kedudukan aliran tunai positif dengan peningkatan jualan sebanyak sepuluh peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Dengan pengenalan model-model baharu pada tahun ini termasuk kereta paling pantas pernah dipasarkan iaitu Evora GT430 dan pengembangan syarikat ke pasaran AS dan China, Geely Holdings yakin Lotus akan terus cemerlang. 

Menurut En. Daniel Donghui Li, "Dengan selesainya transaksi ini, kami sekarang memandang ke depan untuk bekerja bersama rakan kami bagi membangunkan jenama Lotus ke arah jenama global yang kompetitif dan peneraju dalam pasaran kereta berprestasi. Kami begitu yakin bahawa Lotus akan melangkaui jangkaan industri automotif dan juga pelanggan asas pada masa akan datang."  

 

Kredit: Lotus Cars
Lotus Evora GT430: Kredit: Lotus Cars

 

Muhammad Md Tajudin 

Berita Berkenaan

Berita Global
CEO Ford, Jim Farley dalam satu ciapan menyebut: "Peter merupakan seorang pemimpin reka bentuk yang…
Berita Global
  Kedua-dua model itu akan diperkenalkan di Sweden dan Belanda pada lewat 2023 dan disusuli…
Berita Global
Meizu juga menerima pelaburan dari Alibaba group Holding dan ia pernah menjual melebihi 20 juta…