Geely gabungkan kembali Volvo Cars dan Volvo Trucks di bawah satu payung

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Geely Holding telah membeli saham milik Cevian Capital di dalam syarikat AB Volvo, dan menjadikan Geely pemegang saham terbesar dari segi modal dalam syarikat trak tersebut.

Cevian Capital telah memegang syarikat AB Volvo selama 11 tahun dan Geely menjadi syarikat pertama yang menyatukan kedua jenama Volvo (trak dan kenderaan penumpang) di bawah satu payung setelah sekian lama keduanya terpisah.

Tidak salah jika dikatakan bahawa industri automotif Sweden itu kini sudah menjadi milik Geely.

Industri trak ialah antara industri yang cepat meningkat di China dan dengan pembelian ini membolehkan Geely untuk menguji teknologi elektronik, elektrik, pemanduan autonomi dan connectivity bagi mengukuhkan lagi jenama Volvo secara keseluruhan.

Pastinya akan ada netizen berharap trak Volvo nanti boleh dijenamakan kembali sebagai Proton. Sebenarnya, memang boleh dilakukan dan Careta cadangkan trak pertama Proton dinamakan Proton Resaksa.

Berita Berkenaan

Berita Global
Syarikat yang dinamakan Flexis itu menyasarkan untuk mengambil peluang peningkatan permintaan bagi…
Berita Global
Pengakhiran nadi diesel Volvo menyaksikan sebuah SUV XC90 terakhir berwarna biru dengan enjin…
Berita Global
  Volvo membangunkan Accident Ahead Alert bagi membantu pemandu mengelak pelanggaran dan…