Geely dapat 49.9 peratus saham Proton

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

DRB-Hicom Berhad telah memberikan persetujuan untuk menjual sebanyak 49.9 peratus dari sahamnya di dalam Proton Holdings Berhad kepada Zhejiang Geely Holding Group Co. Ltd (Geely Holding).

Kedua-dua syarikat tersebut menandatangani persetujuan itu di Putrajaya, disaksikan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II.

Proton dibenarkan akses kepada pelbagai platform dan enjin di bawah Geely Holdings dan juga diberi keizinan untuk memasuki pasaran sedia ada Geely di seluruh dunia, termasuk pasaran kereta pemanduan kanan jenama tesebut di Asia Tenggara.

Ini akan membantu Proton yang ketinggalan di dalam teknologi dan membataskan aktiviti eksport mereka. Ia juga memberikan mereka kelebihan dari segi produk kerana Proton perlu lebih banyak model di dalam genre kenderaan yang popular.

 

syed-faisal-main

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar berkata, jenama Proton akan kekal dan bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.

Proton juga telah menjual kesemua pegangan ekuiti mereka ke atas Lotus kepada Geely Holding, sekaligus menamatkan penglibatan Proton di dalam segmen kereta sports.

07-Lotus UK 2016-2

Geely Holding, pemilik Volvo Car Corporation dan The London Taxi Company, adalah antara pengeluar utama kenderaan penumpang China.

Syarikat tersebut mempunyai operasi di seluruh dunia merangkumi 16 kilang pembuatan, tujuh studio rekabentuk serta lima pusat penyelidikan & pembangunan (R&D).

Geely Cars 2017.21

Usahasama dengan PROTON akan membolehkan Geely bertapak di pasaran ASEAN dan meningkatkan penglibatannya dalam industri pembuatan serta R&D serantau.

Kedua-dua pihak bakal menandatangani Perjanjian Muktamad dalam bulan Julai 2017.

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
Selain dari brek ABS yang sangat membantu dalam meningkatkan prestasi keselamatan menunggang…
Hezeri Samsuri
Malaysia contohnya sudah mempunyai spesifikasi dan standard homologasi yang paling ketat dan paling…
Berita Domestik
Hicom Holdings Bhd telah menjual kesemua sahamnya di dalam Alam Flora (97.37 peratus) kepada Tunas…