Geely Concept Icon - bayangan falsafah rekaan Geely masa hadapan

oleh Muhamad Hanif|
Pada masa yang sama, Geely Auto turut mengadakan kemunculan sulung konsep futuristik terbaharu yang dinamakan Concept Icon.

Pengenalan Concept Icon ini menunjukkan sejauh mana gergasi automotif China mencabar diri sendiri bagi menawarkan ciri yang unik kepada pelanggan pada masa akan datang.

Menggunakan bahasa rekaan yang ringkas tetapi halus, pembangunan Concept Icon memfokuskan kepada dua ciri utama, iaitu teknologi tinggi dan inspirasi. Hasil akhir daripada dua ciri tersebut menghasilkan produk dengan ciri yang tersendiri di samping mengekalkan karakteristik utama Geely. 

Direka sepenuhnya di studio Geely Design di Shanghai, pembangunan Concept Icon diketuai oleh ketua rekaan, Guy Burgoyne. 

 

Burgoyne yang turut memegang jawatan sebagai Naib Presiden Geely Design China menjelaskan maksud tersirat di sebalik penamaan Icon itu.

"Bagi sesetengah orang, ikon mewakili sesuatu generasi dan merangkumi semangat sesebuah era. Kini, pada abad ke-21, terma ikon mempunyai makna yang baru."

"(Maksud ikon) kini merujuk kepada aplikasi bermula di dalam pengembaraan dunia digital. Kami menggabungkan kesemua makna itu dan mengaplikasikannya kepada penyelesaian kami (Concept Icon)," jelas beliau.
 


Burgoyne menambah: "Kereta ini mempunyai penampakan seperti ikon, oleh sebab itu rekaan kekotakannya membezakan (Concept Icon) daripada rekaan tradisi sebuah crossover, dan menghasilkan bentuk yang lebih rata diinspirasikan daripada rekaan 8-bit."

"Rekaan permukaan dan grafik kenderaan telah diringkaskan kepada bentuk yang minimum. Ia tampak ringkas di luar akan tetapi menyembunyikan rekaan dalaman yang lebih rumit serta berteknologi tinggi," ujar beliau. 

Bermula dari kanvas yang kosong, Geely Design mahukan Concept Icon menjadi sebuah rekaan yang tampak mengujakan sekiranya dilihat dari jarak dekat. 

Sebagai contoh, penggunaan rekaan gelung infiniti pada lampu hadapan dan belakang juga boleh dilihat menerusi bumbung kaca dari dalam. 

Rekaan grill kosmos berkembang yang menjadi lambang tradisi Geely kini juga telah direka kembali menjadi format fungsi yang linear yang masih dikenali sebagai kenderaan buatan Geely. 
 

 

Mengakhiri penerangan, Burgoyne menyebut: "(Pengenalan) Concept Icon ini merangkumi ciri ciri penting di dalam Geely Auto dan merupakan ekspresi keyakinan dunia terhadap apa yang kami ada dari segi rekaan dan keupayaan kejuruteraan."

"Ini membolehkan kami menetapkan trend baharu serta penanda aras di dalam industri automotif yang meluas."

"Concept Icon bukti kami benar-benar serius," tambah Burgoyne.

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
  Itulah yang dikatakan oleh Peter Horbury, Ketua Rekabentuk untuk Kumpulan Geely semasa…
Berita Global
Berucap ketika di Beijing International Auto Show 2018, An Conghui, Presiden dan CEO Kumpulan Geely…
Berita Global
Dibawah perjanjian ini, usahasama itu akan melibatkan modal berdaftar bernilai US $117 juta. Aisin…