Terrafugia menjangkakan produk kereta terbang mereka akan mula dilancarkan ke pasaran seawal 2019, dan kereta terbang dengan keupayaan VTOL (terbang dan mendarat secara menegak/vertical) akan diperkenalkan seawal 2025.
Terrafugia akan kekal beroperasi di US dan ia akan mendapat akses kepada kemajuan teknologi Geely dan kepakaran Geely di dalam industri automotif global.
Ini sesuatu yang menarik kerana mungkin Proton juga boleh mendapat teknologi yang sama kerana kebelakangan ini, banyak kereta yang cuba terbang tetapi mendarat di lereng bukit, di atas kedai runcit di Kota Bahru dan sebagainya.
Namun begitu, secara serius, ia membuktikan Geely memang memberi penekanan terhadap kemajuan teknologi.