Garis Panduan Pematuhan Standard Keselamatan Bateri Sekunder Berkuatkuasa 1 Februari 2018

oleh SALINA JALIL|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan kerjasama SIRIM Berhard telah menganjurkan Majlis Pelancaran dan Advokasi Garis Panduan Pematuhan Standard Keselamatan Bateri Sekunder pada hari Jumaat lalu.

Bateri sekunder ini bermaksud bateri cas semula gajet-gajet elektronik seperti telefon bimbit, power bank, rokok elektronik, gajet permainan elektronik, dron dan sebagainya. Majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh Menteri KPDNKK, Dato' Seri Hamzah Zainudin, Ketua Setiausaha KPDNKK Dato'Sri Jamil Salleh, timbalan-timbalan Ketua Setiausaha, pihak SIRIM dan syarikat-syarikat yang pengilang, pengimport dan pembekal bateri sekunder serta wakil-wakil Agnesi Kerajaan berkaitan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Tiga perkara utama yang diutarakan di majlis ini adalah garis panduan standard keselamatan, keperluan pengujian dan pensijilan bateri sekunder. Garis Panduan Pematuhan Standard Keselamatan Bateri Sekunder dicadangkan untuk berkuatkuasa pada 1 Februari 2018. Tujuan utama garis panduan ini adalah untuk memberi garis panduan kepada pihak industri berhubung pematuhan terhadap standard keselamatan bateri sekunder secara sukarela. Garis panduan ini mengesyorkan pihak industri perlu menjalankan pengujian dan mendapatkan pensijilan terhadap bateri sekunder sebelum dibekalkan ke pasaran Malaysia.

KPDNKK akan mengumumkan satu tarikh lain untuk penguatkuasaan standard keselamatan bateri sekunder pada masa akan datang dalam usaha mengukuhkan perlindungan pengguna. Inisiatif ini juga akan memberi kelebihan kepada pengeluar dan pengedar untuk memasarkan produk ke peringkat antarabangsa serta memberi keyakinan kepada pengguna.

 

 

KPDNKK berharap pihak industri bersedia menyokong untuk meningkatkan kesedaran dan perlindungan pengguna terhadap barangan yang dijamin keselamatannya. Standard Keselamatan yang tertakluk untuk mendapatkan kelulusan dari SIRIM adalah seperti berikut:-

- MS IEC 62133: 2017
- IEC 62133: 2012 

Pemilik produk digalakkan dan disyorkan untuk menghantar sampel beteri sekunder ke makmal mengikut spesifikasi ISO/IEC 17025. Setelah mendapatkan pensijilan dari SIRIM, pihak industri perlu mengemukakan profil syarikat beserta persijilan kepada KPDNKK sebelum bateri sekunder tersebut memasuki pasaran bagi tujuan rekod dan pemantuan. 

Bagi tujuan penguatkuasaan, penandaan maklumat yang berkaitan pada label bateri sekunder adalah di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], Akta Perlindungan Pengguna 1999 [Akta 599], Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] dan Akta Timbang dan Sukat 1972 [Akta 71].

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  RON 95 - RM2.20 seliter (kekal) RON 97 - RM2.65 seliter  (+ 4 sen) Diesel - RM2.18  seliter (…
Berita Domestik
  RON95 - RM2.20 seliter (kekal) RON97 - RM2.64 seliter (+ 10 sen) Diesel - RM2.18 seliter (…
Berita Domestik
Kami duduk bersama Dr Mohd Nizam Abdullah dari Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia atau National…