Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata operasi berkenaan dijalankan susulan aduan orang awam yang melihat dua buah kereta yang berlumba di lebuh raya berkenaan.
"Kedua-dua pemandu kereta terbabit memandu secara berbahaya dengan membuat aksi 'zig-zag' dan membuat aksi kejar mengejar seperti berlumba dengan membuat empat pusingan untuk menguji kelajuan.
"Hasil soal siasat mendapati kenderaan itu baru selesai diubah suai bagi menambah kelajuan dan mereka ingin menguji keupayaan enjin masing-masing di lebuh raya berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, dua pemandu dan dua penumpang berusia antara 18 hingga 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
"Keempat-empat yang ditahan itu terdiri daripada dua mekanik , seorang penuntut universiti dan seorang peniaga kantin.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara berbahaya," katanya.
sumber: BH