Ganjaran CNY Ford - servis percuma selama LIMA tahun untuk Ranger XLT!

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia menyambut kehadiran Tahun Baru Cina (CNY) dengan menambahkan lagi tempoh promosi produknya.

Di bawah ialah tawaran CNY oleh Ford.

 

Ford Ranger XLT

  • Kos penyelenggaraan sifar (servis percuma termasuk harga alatganti dan upah) selama lima tahun atau 100,000 km.
  • Rebat sehingga RM5,000
  • Baucar beli-belah
  • Sampul angpow edisi terhad
  • Sah hingga 28 Februari 2018

Ford Ranger WildTrak

  • Rebat sehingga RM5,000
  • Baucar beli belah
  • Sampul angpow edisi terhad

Ford Focus dan Fiesta

  • Rebat sehingga RM23,000
  • Tiga tahun penyelenggaraan percuma (servis percuma termasuk harga alatganti dan upah) 
  • Waranti lima tahun

 

 

Untuk memastikan perjalanan pulang ke kampung halaman yang lebih selamat dan lancar di musim perayaan ini, SDAC menggalakkan pemilik Ford untuk memanfaatkan tawaran pemeriksaan kenderaan 27 mata percuma oleh juruteknik yang diiktiraf Ford yang hanya menggunakan alat-alat daripada pengeluar peralatan asli (OEM). 

Terdapat juga potongan sehingga 20 peratus untuk alat-alat ganti terpilih, termasuk pakej, brek, tali sawat pemasaan dan pakej pelincir; dan potongan sebanyak 10 peratus kos upah bagi pakej yang dipilih. 

Para pelanggan yang berbelanja melebihi RM350 di dalam satu invois cukai sah, akan turut menerima cenderahati Ford secara percuma di pengedar-pengedar sah sahaja. 

Promosi ini ditawarkan di seluruh negara mulai 18 Disember 2017 hingga 17 Februari 2018, sementara stok masih ada. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Mulai dari sekarang sehingga 31 Mac 2020, pemilik BMW baharu dapat menikmati faedah pembiayaan 1…
Berita Domestik
Luangkan masa anda pada hujung minggu ini kerana Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) ingin…
Berita Domestik
Pasukan Mission Winnow Ducati MotoGP yang terdiri daripada pelumba Andrea Dovizioso dan Danilo…