Gambaran artis untuk Mitsubishi Mirage 2020 dengan dynamic shield

oleh Mohamad Hanif|
Mitsubishi Mirage yang terkini merupakan generasi keenam daripada barisan keluarga Mirage diperkenalkan pada tahun 2012.

Setelah sekian lama berada dipasaran, terdapat khabar mengatakan bahawa Mirage akan menerima model baharu pada tahun 2020 yang dikatakan berkongsi platform daripada rakan sepakatan iaitu Renault Clio.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Oleh kerana tiada apa-apa maklumat lanjut berkenaan Mirage terbaharu ini, seorang pereka Gabor Farkas telah memperkenalkan Concept M.R.G melalui siri gambar yang dihantar oleh beliau kepada Motor1. 

 


Diinspirasikan daripada bahasa rekaan Mitsubishi "Robust & Ingenious", Concept M.R.G turut menampilkan penggunaan dynamic shield yang kini sinonim dengan kereta Mitsubishi terkini. 

Rekaan muka baharu itu menjadikan Mitsubishi Mirage yang comel itu berubah menjadi sebuah kereta hatchback yang agresif dan serius. 
 


Model lukisan maya ini banyak mengambil inspirasi daripada crossover Eclipse Cross termasuklah lampu belakang jenis LED penuh dan bahagian dalaman kabin seperti papan instrumen, pemegang pintu, tombol gear dan sistem infotainmen. 

Adakah Mitsubishi Mirage mampu kembali menawan pasaran dengan muka dynamic shield ini? 

Berita Berkenaan

Berita Global
Setelah sekian lama, Mitsubishi akhirnya mengumumkan penamatan produksi bagi hatchback segmen B…
Berita Global
Pada pameran sama, Mitsubishi turut memperkenalkan Xpander facelift yang sebelum itu dilancarkan…
Berita Global
Mitsubishi Mirage 2020   Menariknya Mirage terus popular sehingga menjadi model ketiga…