Gambar Rush 2018 bocor

oleh HEZERI SAMSURI|
Semua sudah tahu bahawa Toyota bakal melancarkan Rush baharu apabila Daihatsu menampilkan konsep FT Concept sejak dari tahun 2015 lagi.

Rush juga ada dijual sebagai Daihatsu di beberapa pasaran global sebagai Terios atau Taruna di Indonesia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Di Malaysia, Rush ialah varian 7-tempat duduk yang dijual oleh Toyota sementara Perodua menjual varian 5-tempat duduk dengan nama Nautica, pengganti Kembara.

Menurut majalah web AutoNetMagz dari Indonesia, kelengkapan atau "fitur-fitur" yang ada pada Rush 2018 jauh lebih modern dan lebih menarik agar mampu menandingi model yang satu kelas lebih atas darinya.

 

Antara kelengkapan yang dijelaskan oleh laman web itu untuk Toyota Rush spek Indonesia ialah:

  • Lampu hadapan jenis LED dengan multireflector lengkap dengan efek "smoked".
  • Cermin sisi mampu lipat dengan lampu isyarat LED
  • LED Clearance Lamp - ini kami kurang pasti apa dia
  • Rim 16-inci dan 17-inci (untuk varian TRD Sportivo)
  • Lampu belakang LED (mungkin lampu brek sahaja, jika dilihat dari gambar).
  • Spoiler belakang
  • Shark fin antennae

 

 

  • Kamera undur serta sensor parkir
  • Fungsi smart-entry tanpa kunci
  • Butang enjin Start/Stop 
  • Penghawa dingin digital dengan memory (standard untuk varian G)
  • Untuk varian TRD Sportivo, papan pemuka diberikan bahan lebih lembut (soft touch)

 

  • Butang audio pada stereng, tetapi stereng hanya mampu untuk dilaras tinggi dan bukan dari jenis teleskopik
  • Panel meter dengan skrin TFT untuk informasi dari sistem MID
  • Tiga soket untuk mengecaj peranti pintar seperti smartphone

Enjin yang bakal digunakan ialah enjin 1.5L dengan dual VVT-i sementara alatan keselamatan termasuk enam beg udara, ABS, EBD, VSC, BA, HSA dan seterusnya.

Ia juga akan hadir dengan fungsi kamera 360-darjah untuk pasaran Indonesia.

Nampaknya di sana kelengkapan untuk Rush ini sangat tinggi, jauh berbeza dengan Rush sekarang yang sememangnya terlalu mahal dan kosong jika dibandingkan dengan Honda BR-V.

Namun begitu Toyota mulai sedar bahawa pasaran sudah mula bergerak pantas dan produk-produk mereka sudah ketinggalan dari saegi spesifikasi. Kerana itu model-model baharu dan yang diperbaharui mempunyai spek yang jauh lebih baik.

Jika tidak percaya, cuba pergi lihat Vios sekarang di dewan pameran dan anda akan takjub sendiri.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula produk dilakukan oleh pihak pengeluar apabila terdapat penemuan isu keselamatan…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Global
  2023 merupakan tahun mencabar yang menyaksikan pemberian paten menurun tiga peratus merentasi…