Gambar rasmi Suzuki Jimny 2019 didedahkan oleh Suzuki - enjin 1.5 liter dengan dua pilihan transmisi

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lepas, beberapa gambar Suzuki Jimny telah pun terlepas kepada tatapan umum sebelum Suzuki sempat memberikan sebarang maklumat lanjut berkenaan model pacuan empat roda serba baharu itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kini, mereka telah memberikan beberapa info yang lebih menyeluruh bagi mereka yang inginkan sebuah kenderaan alternatif kepada beberapa SUV off-road terkini.


Tidak menggunakan enjin 1.2 liter sebagaimana info asal yang dibocorkan, Suzuki Jimny kini menggunakan enjin 1.5 liter yang mampu menghasilkan sejumlah 101 bhp dan 130 Nm daya kilas, cukup untuk menggerakkan kenderaan seberat 1090 kg ini dan mempunyai hadlaju setinggi 140 km/j sahaja.

Kuasa tersebut dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan yang mempunyai ratio gear yang telah ditala semula untuk disesuaikan dengan enjin yang baharu, serta rekaan lever yang mampu mengurangkan gegaran. 

Untuk mereka yang kurang menggemari manual, terdapat pilihan transmisi automatik dengan empat nisbah kelajuan. 
 


Sebagaimana yang kita semua maklum, Suzuki Jimny mempunyai keupayaan untuk mengharungi off-road, terima kasih kepada sistem pacuan yang kini dilengkapi dengan transfer gear berjulat rendah, serta sistem kawalan cengkaman yang pintar bagi mengawal kadar daya kilas kepada empat buah tayar terutama ketika situasi jalan yang agak licin. 

Sudut-sudut kritikal Suzuki Jimny seperti approach (37o), breakover (28o) dan departure (49o) juga telah ditambah baik berbanding model terdahulu. 

Memiliki kenderaan sekecil ini, anda mungkin terpaksa berpuas hati dengan ruang boot yang amat kecil iaitu 85 liter sahaja.

Namun, usah risau kerana kerusi belakang boleh dibaringkan untuk memberikan ruang sebesar 377 liter, peningkatan sebanyak 53 liter berbanding model sebelum ini. 
 


Suzuki Jimny kini sedang menunggu saat pelancaran rasmi di Jepun sebelum menjengah pasaran utama dunia bermula tahun hadapan, pada tanda harga yang amat menarik sekitar £15,000 (RM80k++). 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berbanding model Jimny 3 pintu, Jimny 5 pintu memiliki ukuran dimensi yang lebih panjang, iaitu 3,…
Berita Global
Seperti yang telah dijangka, permainan yang dibangunkan oleh Polyphony Digital itu kini menyertakan…
Berita Global
Untuk mereka yang tidak biasa dengan frasa Morizo itu, ia sebenarnya merupakan nama samaran yang…