Walaupun tanpa sebarang teaser rasmi, kita sudah pun boleh melihat rupa sebenar SUV segmen C itu berdasarkan imej paten yang tertiris menerusi laman Instagram kurdistan_automotive_blog_
Berdasarkan sekeping imej tunggal itu, terdapat beberapa perubahan yang boleh dilihat seperti:
- rekaan lampu utama yang lebih kecil
- gril hadapan yang lebih besar
- posisi cermin sisi yang telah dialihkan
Imej untuk bahagian belakang masih lagi belum diperoleh, namun unit lampu yang memanjang itu dilihat masih lagi kekal pada model generasi baharu.
Dari segi penawaran trenkuasa, besar kemungkinan Honda CR-V hanya akan ditawarkan dalam versi hibrid e:HEV di pasaran Eropah, sama seperti apa yang ditawarkan pada model Honda HR-V e:HEV.
Honda CR-V generasi kelima