Gambar Intipan - Proton Iriz facelift sedang diuji?

oleh Mohamad Hanif|
Semalam susur masa media sosial gempar dengan kehadiran sebuah Proton Iriz yang sedang diuji ditampal dengan pelekat penyamaran pada hadapan dan bumper belakang kereta hatchback tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Terima kasih kepada Ajerul yang berkongsikan gambar beliau, serta rakan kami di Funtasticko, kita dapat melihat dengan lebih jelas Proton Iriz yang sedang diuji itu di kawasan yang tidak dinyatakan.

 


Jika dibandingkan dengan rekaan semasa Proton Iriz, jelas kelihatan pemantul cahaya pada bahagian bumper telah dialih kedudukannya, menjadikannya sedikit tinggi berbanding model terdahulu, manakala kedudukan nombor plet berubah kedudukan menghampiri dasar bumper.

Manakala bahagian pintu boot pula dilekatkan dengan pelekat berwarna hitam, mencadangkan Proton Iriz facelift ini mungkin hadir dengan rekaan trim yang berbeza berbanding model semasa.

 


Mungkin juga Iriz baharu ini bakal menerapkan unsur rekaan yang ada pada Proton X70 seperti tulisan PROTON melintangi pintu boot belakang Iriz. 

Memandangkan sebelum ini Proton Iriz telah dikemaskini spesifikasinya kepada cagak enjin tiga punca serta kemaskini perisian ECU, tidak dapat dipastikan apakah pembaharuan yang bakal dibawakan oleh Proton menerusi facelift kali ini.

Nantikan berita selanjutnya daripada Careta. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini adalah berdasarkan imej teaser terbaharu yang diterbitkan oleh Toyota sendiri, serta kehadiran…
Berita Domestik
Untuk makluman, Honda CR-V 2023 generasi baharu diperkenalkan secara rasmi di peringkat global pada…
Berita Global
Jadi adalah tidak mengejutkan apabila model ujian generasi ke-11 Honda Accord mula dikesan…