Gambar intip: Adakah ini Vios GR Sport 2021?

oleh Mohamad Hanif|
Tidak lama selepas UMW Toyota membuka tempahan bagi Vios dan Yaris facelift, timbul pula satu gambar bocor yang disahkan sebagai Toyota Vios GR Sport 2021 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber RiderAth, Vios yang sarat dengan pekekat putih di bahagian hadapan itu menampilkan rekaan mesh grille sarang lebah yang diinspirasikan daripada model hot hatch GR Yaris, berbanding rekaan gril melintang pada Vios standard.

 


Rekaan sporti Vios GR Sport itu disumbangkan lagi dengan penampilan skirt sisi baharu, serta set rim khusus untuk model tersebut.

Sementara bahagian belakang pula (walaupun masih sarat dengan pelekat) boleh dilihat memakai bumper yang lebih agresif lengkap dengan diffuser, dan penampilan spoiler bootlid baharu.

 


Malah, warna merah yang dilayangkan pada Vios GR Sport ini merupakan warna istimewa yang tidak terdapat pada mana-mana varian Vios sebelum ini.

Tidak banyak gambar ruang kabin diperlihatkan, namun dalam satu gambar yang agak samar dan kabur itu, kita dapat melihat tempat duduk dengan logo GR terpampang kemas pada bahagian perehat kepala.

 


Menurut laporan daripada Wapcar sebelum ini, Vios GR Sport masih lagi mengekalkan enjin 1.5 liter yang terdapat pada Vios standard, namun dengan penambahan ciri seperti suspensi GR Sport dan kotak gear CVT dengan 10 nisbah kelajuan maya.

 

 


Sumber: Wapcar, RiderAth

Berita Berkenaan

Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…
Sukan Bermotor
Perlumbaan 1 pada hari Sabtu (3 Jun) menyaksikan pelumba muda memberikan saingan sengit kepada…
Sukan Bermotor
2 perlumbaan pusingan 2 yang berlangsung pada hujung minggu lepas (19-21 Mei) di Chang…