Gambar intip: Adakah ini rupa dalaman Land Rover Defender?

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini mungkin merupakan gambar pertama yang mendedahkan rupa sebenar ruang kabin Land Rover Defender generasi baharu yang dibocorkan menerusi laman sosial Twitter. 

Berdasarkan gambar yang tidak langsung menampakkan sebarang pelekat samaran tersebut, Land Rover Defender masih mengekalkan karakter utilitarian sebenar yang disulami dengan beberapa elemen moden, selari dengan peredaran masa. 

Ini boleh dilihat pada penggunaan skrin berwarna menggantikan set kluster meter dibalik stereng 4-spoke klasik Defender ini. 

Tombol gear ikonik daripada Jaguar Land Rover itu pula diintegrasikan pada papan pemuka bagi memberikan ruang bawah yang lebih luas, sesuai untuk meletakkan barangan peribadi. 
 


Setakat ini, Land Rover Defender yang dibangunkan menggunakan platform baharu MLA akan ditawarkan di dalam dua versi, iaitu Defender 90 (jarak roda pendek) dan Defender 110 (jarak roda lebih panjang).

Terdapat juga laporan yang mendakwa Land Rover akan mempelbagaikan penawaran Defender, termasuklah versi trak pikap yang pernah ditawarkan pada generasi terdahulu. 

Enjin yang bakal dimuatkan pada Defender ini termasuklah variasi enjin petrol dan diesel empat silinder dan enam silinder sebaris. 


Land Rover Defender akan diperkenalkan kepada umum menjelang hujung tahun ini, manakala jualan pula akan bermula pada seawal tahun 2020. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Unit pertama yang dipaparkan ini baharu sahaja meluncur keluar bagi memberikan laluan kepada…
Berita Global
Jadi, untuk tidak menjadikan kehidupan anda terlalu bosan, Mansory kini menawarkan projek khas…
Berita Global
Informasi berkenaan BAIC Jishi 01 dikatakan muncul di laman web Kementerian Industri dan Teknologi…