Pameran Exhibition R dianjurkan oleh Honda Ban Lee Heng Melaka itu mengumpulkan lebih daripada 100 unit Type R dari seluruh Malaysia, menampilkan generasi Civic Type R seperti EK9, EP3, FN2R, FD2R, FK2R, FK8R dan juga Honda Integra DC5 Type R.
Selain daripada itu, pihak Honda Ban Lee Heng turut mempamerkan model-model JDM seperti Honda NSX NA1, Honda S660, Honda S2000 AP1 dan juga model Honda S2000 AP2.
Di kalangan peserta, ada juga yang membawa model Type R yang hanya dikhususkan untuk pasaran Eropah dan jarang sekali dapat dilihat atas jalan raya Malaysia.