Gajah mati dilanggar kereta di JRTB

oleh Hamimah Hamid|
SEEKOR gajah mati dilanggar kereta di Kilometer 50 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, pemandu dan penumpang dua buah kereta yang terlibat dengan kemalangan bagaimanapun hanya cedera ringan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Daerah Gerik, Supritendan Zulkifli Mahmood berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ekoran gajah terbabit yang melintas laluan secara tiba-tiba.

 

Katanya, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-Trail yang sedang melalui selekoh tidak sempat mengelak dan melanggar gajah tersebut.

 

"SUV terbabit yang dari arah Pasir Mas, Kelantan menghala ke Gerik telah melanggar gajah terbabit yang melintas secara tiba-tiba.

 

"Pada masa yang sama sebuah kereta jenis Perodua Axia telah melanggar belakang SUV sehingga menyebabkan gajah terbabit mati," katanya.

 

Menurut Zulkifli, kejadian bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan serius kepada pemandu dan penumpang.

 

Katanya, gajah terbabit disediakan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

 

Semalam tular video berdurasi 1 minit 45 saat seekor gajah mati di tempat kejadian dalam keadaan terbaring, menghalang satu jalan dua hala di situ.

 

Turut kelihatan, serpihan peralatan dipercayai milik kenderaan yang melanggar anak gajah tersebut, bertaburan di atas jalan.