Gadis bermotosikal ini sebenarnya lelaki 50-an!

oleh Mohamad Hanif|
Seorang 'gadis' yang berkongsi minat menunggang motosikal berkuasa besar rupanya seorang lelaki berusia 50 tahun, sekali gus mengejutkan peminat sukan pemotoran.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menerusi Daily Star, pelumba Jepun dikenali @azusagakuyuki memiliki ramai pengikut di laman sosial kerana menampilkan gaya feminin menunggang motosikal di jalan raya selain gemar berkongsi gambar swafoto bersama motosikalnya.

Malah, dia juga mempunyai rupa paras yang cantik dengan rambut panjang, solekan mata yang mempunyai ciri-ciri gadis cantik sehingga menarik orang ramai mengikuti perkembangannya di laman sosial.

Bagaimanapun, satu program tempatan di Jepun telah membongkar rahsia sebenar wajah @azusagakuyuki.

Seorang kru program terbabit berjaya mendedahkan gadis itu sebenarnya adalah seorang lelaki usia separuh abad dengan rambut ikal mayang berwarna keperangan.

 

 


Dia mengaku 'memancing' peminatnya dengan menggunakan aplikasi FaceApp dan PhotoShop untuk mengubah wajahnya lebih feminin seperti gadis berbanding diri sebenar.

Sebelum ini, dia memberitahu tidak mempunyai ramai pengikut di Twitter ketika memuat naik gambarnya sendiri berbanding selepas memuat naik gambar gadis cantik di Twitter.

Dia kini memperoleh lebih dari 17,000 pengikut di Twitter dan meraih lebih ribuan tanda suka hingga tular di laman sosial.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, secara tiba-tiba sebuah kenderaan jenis Tesla telah menukar haluan dari lorong…
Berita Domestik
ia bagaimanapun bercadang mahu menumpang tidur di rumah abangnya di Sungai Petani dengan…
Berita Domestik
Difahamkan semasa kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dalam perjalanan ke arah Bayan…