Hari ini, dengan secara rasminya model SUV segmen-B terbaharu tersebut dilancarkan untuk pasaran Malaysia dan hadir sebagai unit CBU.
GAC GS3 Emzoom 2024 merupakan model generasi kedua dan boleh didapati dalam dua pilihan varian iaitu, varian Exclusive dan Premium-R.
Dari segi trenkuasa GS3 Emzoom terbaharu ini dinadikan dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter turbo yang menghasilkan kuasa output sehingga 177PS dan daya kilas 270Nm tork.
Trenkuasa tersebut dijanakan dengan transmisi dwi-klac tujuh kelajuan yang mampu memecut dari 0-100kmj hanya dalam lapan saat dan bacaan untuk penggunaan bahan api serendah 5.9 liter untuk setiap 100km.
Dari segi reka bentuk, GS3 ini tampil dengan gaya reka bentuk geometri bersegi-segi dari bahagian hadapan hingga belakang yang menonjolkan lagi keunikkan model SUV ini apabila berada di atas jalan raya.
Bukan itu sahaja, ia turut membawakan keunikkan ciri reka bentuk itu ke bahagian grill yang digelar Mecha Wing, unit lampu jenis LED Laser Eye Split yang agresif serta lampu belakang LED light dart gaya futuristik.
Bagi varian Premium-R, ia didatangkan dengan kemasan R Style Sport Package dan Ekzos sport yang membawakan kelainan berbanding pesaing SUV dalam kelasnya sendiri.
Dari segi ukuran dimensi, GS3 Exclusive dan Premium-R mempunyai perbezaan dari segi ukuran panjang, iaitu 4410mm bagi Exclusive dan 4446mm bagi Premium-R.
Manakala untuk ukuran lain adalah masih kekal sama iaitu lebar 1850mm, tinggi 1600mm, jarak roda 2650mm dan kapasiti kargo seluas 341 liter yang boleh mencapai sehingga 1271 liter.
Untuk bahagian dalaman, ia membawa ciri yang nampak lebih moden dan premium dengan kemasan kulit dan dua tona warna biru-hitam pada tempat duduk serta stering.
Ia menampilkan panel skrin infotainmen digital di bahagian tengah dengan saiz 10.25 inci yang menyokong sistem Apple CarPlay dan Android phone mirroring.
GS3 Emzoom 2024 turut hadir dengan fungsi ciri sistem ADAS seperti berikut;
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Automatic Emergency Braking (AEB)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Traffic Sign Recognition System (TSR)
- High Beam Assist (HMA)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Intelligent Speed Limit Control (ISLC)
- Fusion Automatic Parking Assist (FAPA)
Sebagai pengenalan rasminya, WTCA menawarkan Pakej Pelancaran Khas untuk 2000 pelanggan berdaftar awal yang pertama yang terdiri daripada:
A) Tiga kali penyelenggaraan perkhidmatan berjadual percuma termasuk buruh, alat ganti dan pelincir.
B) Waranti Enjin dan Powertrain tujuh tahun/180,000km eksklusif untuk pemilik kenderaan berdaftar pertama sebagai tambahan kepada waranti standard lima tahun/150,000km.
C) Early-bird turut menerima Kunci Jam Tangan Pintar GAC terhad percuma, yang berfungsi seperti kunci kereta asal dengan ciri sambungan tambahan jam tangan pintar.
Harga jualan bagi model GS3 Emzoom 2024 ini adalah bermula dari RM118,900 bagi varian Exclusive, dan RM128,900 bagi varian Premium-R.