GAC GS3 2023 - generasi baharu SUV segmen B muncul di China

oleh Mohamad Hanif|
Generasi baharu SUV kompak segmen B, GAC GS3 2023 muncul secara rasmi pada acara Guangzhou Auto Show, baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GAC GS3 (atau nama lainnya Trumpchi GS3) ternyata membawakan rupa paras yang jauh lebih moden bertujuan untuk menarik minat Gen Z.

Muka depan GS3 ini membawakan pendekatan yang lebih tajam dan sporti, dimulakan dengan unit lampu utama, rekaan jeriji dan bampar hadapan yang serba agresif.
 

GAC


Bahagian sisi pula menampilkan garis badan yang tajam, pemegang pintu yang tertanam kemas, serta rekaan bumbung terapung di mana tiang A, B dan C sengaja diwarnakan dengan warna hitam.

Versi yang lebih sporti R-style pula menambah aksen jingga pada sesetengah tempat, diikuti dengan rim aloi bersaiz 19 inci, serta penambahan komponen diffuser ala supercar pada bampar belakang.

Dibangun menggunakan senibina modular GPMA, GS3 generasi baharu ini membawakan ukuran yang lebih besar, dengan panjang 4,410 mm, lebar 1,850 mm, tinggi 1,600 mm dan jarak antara roda 2,650 mm (90 mm lebih panjang berbanding GS3 terdahulu).
 

GAC


Ini meletakkan GAC GS3 hampir sama besar dengan model-model seperti Peugeot 3008 dan Nissan Qashqai.

Ruang kabin pula nyata meninggalkan jauh susun atur yang ada pada GS3 sedia ada di mana GAC memilih untuk menggunakan pendekatan yang lebih moden.

Terdapat dua skrin paparan digital, tombol penukaran gear Crystal Shifter, kemasan upholsteri yang lebih premium, sistem pencahayaan ambien 32 warna serta bumbung kaca panorama.
 

GAC


GAC GS3 masih lagi mampu memuatkan lima orang penumpang pada satu-satu masa, dengan kapasiti ruang kargo sebesar 341 liter di bahagian belakang.

GAC GS3 generasi baharu ini didatangkan dengan enjin 1.5 liter turbo yang mampu menghasilkan 174 hp dan 270 Nm, dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 7.5 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 190 km/j, dengan kadar penggunaan bahan api serendah 6.18 liter untuk setiap 100 km.
 

GAC


GAC GS3 2023 ini akan mula dijual di China pada suku pertama tahun ini dengan harga jualan sekitar 85,000 yuan (RM54,272).