Gabungan Toyota-Panasonic bakal hasilkan bateri lithium-ion untuk 500k kenderaan setahun

oleh HEZERI SAMSURI|
Toyota nampaknya semakin bersedia untuk memasuki dunia EV dan perkembangan terkini melihat gergasi Jepun itu bergabung dengan Panasonic Corp untuk menghasilkan bateri lithium-ion bagi kenderaan hibrid.

Pembinaan akan dilakukan di sebuah kilang di kawasan Tokushima di barat Jepun bermula pada 2022 dan ia juga untuk menyediakan kedua-dua syarikat itu bagi pertumbuhan kenderaan elektrik (EV).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ditubuhkan pada April lalu, syarikat Prime Planet Energy tersebut dimiliki oleh Toyota (51 peratus) dan bakinya oleh Panasonic. 

Usahasama itu akan menghasilkan bateri lithium ion untuk lebih kurang 500,000 kenderaan setiap tahun.

Panasonic ialah salah satu dari pengeluar bateri EV terbesar d dunia dan menerima saingan yang kuat dari Samsung, LG Chem dan CATL (China).

Toyota menjangkakan jualan tahunan EV akan meningkat kepada 5.5 juta menjelang 2025, lima tahun lebih awal dari perancangan asalnya.

* Laporan asal dari Reuters

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak seperti kebanyakkan jenama lain yang ke arah elektrifikasi atau tenaga baharu, Subaru kini…
Berita Domestik
Dengan pencapaian jumlah jualan April itu, angka jualan tahun 2024 UMW Toyota kini mencatatkan…
Berita Global
Presiden Toyota Koji Sato pada sidang akhbar berkata "Kami menyasarkan untuk meningkatkan usaha…