Gabenor Arizona gantung ujian kenderaan Uber pandu sendiri (dengan video)

oleh HEZERI SAMSURI|
Merdeka Bonanza

 

Akhirnya akur dengan logik yang merisaukan rakyat dan pihak konsumer, gabenor wilayah Arizona, Amerika Syarikat telah menggantungkan semua ujian kenderaan autonomi atau pandu-sendiri Uber di sana.

Doug Ducey, gabenor Arizona mengumumkan penggantungan perkhidmatan ujian Uber itu selepas kemalangan sebuah kenderaan autonomi Uber merempuh seorang pejalan kaki yang sedang mengusung basikal sambil melintas jalan di kawasan yang gelap.

Uber berkata ia akan terus membantu menyiasat kejadian tersebut dan akan berhubung dengan pihak gabenor.

 

 

Pakar-pakar yang melihat video 22 saat itu berkata sensor pada Volvo XC90 dengan mod autonomi itu sepatutnya boleh membaca kehadiran mangsa.

Laporan New York Times yang dikeluarkan Jumaat lalu menunjukan ujian autonomi Uber penuh dengan isu-isu keselamatan yang belum selesai.

Di Arizona, syarikat seperti Uber cuma perlu memiliki insuran liabiliti minimum untuk menggunakan kenderaan autonomi.

Uber tidak diperlukan untuk membuat kajian kemalangan atau menghantar laporan kepada kerajaan Arizona.

Pihak Gabenor berkata ia melihat insiden ini sebagai satu insiden sedih dan mahu memastikan keselamatan pengguna diutamakan.

*Berita dipetik dari Flipboard.

DI bawah ialah video dari kamera di dalam Volvo XC90 Uber tersebut

 

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Walaubagaimanapun, disebabkan syarikat Uber telah melabur begitu banyak wang dan masa untuk program…
Berita Global
Menurut laporan media barat, antara pelabur Go-Jet ialah Tencent Holdings Limited, syarikat…
Berita Global
Penghentian operasi itu juga turut melibatkan pemberhentian kerja lebih 300 orang staf syarikat…