Jam G-D001 ini dihasilkan menggunakan rekabentuk generatif hasil teknik rekabentuk bantuan komputer (CAD) yang turut membabitkan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi proses yang lebih optimum.
Menurut Casio, struktur luar logam sepenuhnya itu berbentuk organik dan dihasilkan dengan bantuan AI dan pasukan rekabentuk mereka sendiri.
Emas kuning 18-karat digunakan untuk pembuatan badan, "bezel" dan tali jam tersebut yang kemudiannya digilap oleh pakar-pakar dari Casio menggunakan tangan.
Hasil senibina dan pertukangan yang cukup tinggi itu memberikan G-D001 kilauan yang mendalam, dan tidak pernah dilakukan untuk sebuah jam tangan lasak.
Sayangnya, hanya satu unit dihasilkan dan ia tidak akan dijual.