FRENZT - Aplikasi e-hailing terbaru dengan ciri keselamatan tambahan

oleh Mohamad Hanif|
Bagi yang kurang mengenali FRENZT, ia merupakan satu lagi aplikasi e-hailing terbaharu di Malaysia oleh syarikat Wekaotim Sdn Bhd yang telah memulakan operasi percubaan sejak April 2018 dengan sasaran memulakan operasi secara rasmi bermula 1 Julai 2018.
Kawasaki Legend Reborn

Aplikasi FRENZT ini dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan untuk mengurangkan risiko dan jenayah penyalahgunaan aplikasi di kalangan individu sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa. 
 


Untuk menggunakan aplikasi ini, pengguna diminta untuk menyertakan nombor kad pengenalan diri atau passport serta alamat emel, dan proses pengesahan data peribadi akan dilakukan secara manual dan berperingkat oleh sistem. 

Antara ciri keselamatan tambahan termasuklah

  • pengesahan nombor telefon melalui kata laluan TAC menerusi SMS
  • sekatan terhadap penggunaan nombor telefon yang serupa
  • sekatan sekiranya terdapat maklumat yang sama pada peranti yang berbeza
  • sekatan terhadap peranti yang tidak didaftarkan
  • punat kecemasan atau SOS
  • kod pengesahan QR memastikan pemandu dan penumpang yang sah untuk sesebuah transaksi perjalanan

Para pengguna boleh memuat turun aplikasi FRENZT ini menerusi pautan yang kami sertakan di bawah untuk pengguna Android dan iOS. 

FRENZT Customer for Android 

FRENZT Customer for iOS 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua kumpulan pemandu ‘E-hailing’ menyifatkan bahawa garis panduan terbaru oleh Kementerian…
Berita Domestik
Pengusaha dan pemandu akan diberikan masa dalam tempoh setahun untuk memenuhi keperluan kerajaan…
Berita Global
Menurut laporan media barat, antara pelabur Go-Jet ialah Tencent Holdings Limited, syarikat…