Penunggang yang berasal dari Itali itu merupakan Rookie of the Year pada tahun 2018, sebelum mewakili pasukan PETRONAS Yamaha SRT yang pertama kali bertanding pada tahun 2019.
Tahun tersebut turut menyaksikan Morbidelli berjaya mendapatkan permulaan di baris hadapan sebanyak empat kali dan berjaya menamatkan perlumbaan di tempat enam teratas sebanyak tujuh kali menggunakan jentera Yamaha YZR-M1.
Morbidelli juga turut berperanan membantu PETRONAS Yamaha SRT untuk meraih anugerah Top Independent Team 2019, selain menduduki tangga ke-sepuluh di dalam kejuaraan penunggang dengan 115 mata terkumpul.