Ford tawar promosi hebat untuk Ford Ranger-rebat tunai RM6,000

oleh DIANA ISMADI|

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, kini telah melancarkan ‘Ford Truck Month’ dengan penjimatan hebat. Jika Ford Ranger merupakan trak pikap idaman anda, inilah masanya untuk memiliki trak paling laris di dunia ini, Ford Ranger.

 

Mulai hari ini sehingga 31 Oktober, SDAC menawarkan tawaran rebat tunai eksklusif bernilai RM6,000 berserta hadiah-hadiah tempahan menarik (empat pasang baju t-shirt ‘Built Ford Tough’) apabila para pelanggan menempah Ford Ranger WildTrak dari pengedar-pengedar sah di seluruh negara.

 

Untuk kuasa dan tork maksima ketika penundaan muatan berat, Ranger dilengkapi enjin diesel TDCi Duratorq lima-silinder 3.2-liter yang mampu mengeluarkan kuasa sebanyak 147 kW dan tork sebanyak 470 Nm.

Ranger

 

Di samping tawaran tersebut, sekumpulan Rangers akan membuat penampilan di Sabah dan Sarawak pada bulan kemerdekaan ini. Para pengunjung bukan sahaja dapat melihat trak-trak tersebut di City One Megamall, Kuching dari 5-6 Ogos dan di Imago KK Times Square, Kota Kinabalu dari 26-27 Ogos, malahan boleh mengambil bahagian dalam ujipandu Ranger merentasi halangan!

 

 

Dibina Berkebolehan & Diuji Sehingga Ke Tahap Ekstrem

 

Ford Ranger juga telah diuji dengan ekstrem bagi membuktikan ketahanannya, anda boleh klik pautan video di saluran ‘Science of Trucks’ di saluran YouTube Ford Malaysia atau menerusi http://www.sdacford.com.my/models/trucks-vans/ranger/overview.

 

“Ranger mampu menangani apa sahaja cabaran yang dihadapinya dengan pelbagai jenis teknologi pintar yang dimilikinya. Ranger masa kini dibina berlandaskan kekuatan yang disanjung para pelanggan setia kami, tetapi pada tahap yang jauh berbeza,” Pengarah Urusan, Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz.

ranger

 

Video-video tersebut merakamkan kebolehan menunda, kekuatan rangka dan casis Ranger yang diuji dengan beban seberat 600 kg yang diputar pada daya graviti sebanyak 4.75G.

 

Ciri-ciri Kawalan Muatan Adaptif, Kawalan Kestabilan Elektronik dan Susutan Olengan pula diuji dengan menjatuhkan batu-batu bata dan sebuah ATV ke atas ruang belakang sebuah Ranger yang sedang bergerak.

 

ranger

 

Ford Ranger turut dilengkapi dengan teknologi pintar seperti;

 

  • Kawalan Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Control, ESC) Kawalan Cengkaman (Traction Control)
  • Kawalan Muatan Adaptif (Adaptive Load Control),
  • Susutan Olengan (Rollover Mitigation)
  • Kawalan Pecutan Bukit (Hill Launch Assist)
  • Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descend Assist)

 

Varian WildTrak yang berprestasi tinggi didatangkan dengan ciri SYNCTM 3, sistem sambungan dalam-kereta terbaru Ford yang merangkumi skrin sentuh warna lapan-inci untuk mengendalikan telefon, hiburan dan kawalan suhu menggunakan sistem arahan suara yang ringkas. Sistem tersebut kini menyokong Android AutoTM dan Apple CarPlay.

 

ranger

 

Antara ciri keselamatan yang ditawarkan

 

  • Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control),
  •  
  • Sistem Amaran Pelanggaran (Collision Warning System)
  •  
  • Ciri-ciri pintar dan keselamatan Ranger telah menerima penarafan keselamatan lima bintang dari NCAP.

 

Ciri-ciri pintar dan keselamatan lain yang terdapat merentasi semua varian termasuk:

  • Bantuan Laluan Susur
  • Amaran Lencongan Laluan
  • Had Kelajuan Boleh Laras
  • Kawalan Ayunan Treler
  • Pengemudian Kuasa Elektronik
  • Enam beg udara (WildTrak)
  • MyKeyTM

 

Kunjungi bilik pameran Ford berdekatan anda dan nikmati penjimatan hebat ketika ‘Ford Truck Month’, mulai sekarang sehingga 31 Oktober dengan tawaran rebat tunai terhad sehingga RM6,000 dan hadiah-hadiah tempahan eksklusif bagi setiap tempahan Ford Ranger sementara stok masih ada.

 

Ranger didatangkan dalam enam warna, termasuk Pride Orange, Aluminium Metallic, Aurora Blue, Cool White, Metropolitan grey dan Black Mica, sementara Jet Black turut boleh didapati sementara stok masih ada.

 

Layari www.sdacford.com.my untuk maklumat lanjut mengenai Ford Ranger.

 

ranger

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kerangka akan menerima sentuhan teknikal agar ia menjadi lebih kukuh untuk menawarkan pemanduan…
Telah Diuji
Sayang sekali kerana platform Fiesta ialah antara yang terbaik di dalam kategori hatchback kompak…
Berita Domestik
Rebat RM23,000 menantikan mereka yang membeli Focus atau Fiesta dan jika itu tidak cukup, ia juga…