Ford reka sistem pengesanan jalan berlubang - syukurlah!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Masalah jalan berlubang ini sebenarnya bukan sahaja dihadapi di negara kita tetapi juga di negara maju seperti United Kingdom.

Sakitnya hati apabila kereta yang dipandu terjun ke dalam jalan berlubang dan lebih menyayat hati apabila penunggang motosikal cedera akibat masalah ini.

Pelbagai langkah telah diambil oleh kerajaan nampaknya belum ada lagi penyelesaian berkesan.

Menurut satu laporan oleh portal asplhatuk.org, jalan raya berlubang dibaiki setiap 21 saat di England dan Wales pada tahun lalu.

Jalan berlubang ini mempunyai beberapa kesan selain dari perjalanan yang tidak selesa, impak daripada lubang yang teruk boleh merosakkan beberapa komponen kenderaan seperti roda, tayar dan suspensi dengan kos yang tinggi untuk diperbaiki.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Ford Focus

 

Jadi apa yang boleh dibuat oleh pengeluar bagi mengatasi atau mencegah masalah ini?

Ford sedar tentang masalah yang menimpa pengguna dan oleh itu telah berjaya membangunkan teknologi pengesanan jalan berlubang.

Teknologi ini bukan untuk disimpan dalam makmal atau dicetak di kertas penyelidikan sahaja tetapi sudah pun ditawarkan pada Ford Focus baharu.

Teknologi ini berfungsi dengan menghadkan tahap kejatuhan roda apabila jalan berlubang dikesan. Teknologi ini melaraskan tindak balas suspensi.

 

 

Ford Focus

 

Suspensi belakang mampu bertindak balas dengan lebih pantas berbanding suspensi depan, roda depan akan memberi amaran awal kepada roda belakang sebelum melalui permukaan berlubang di mana proses ini berlaku dalam pisahan saat sahaja.

Input daripada pelbagai bahagian seperti suspensi, badan kereta, stereng dan input pembrekan diawasi setiap dua milisaat dan tindak balas suspensi akan dilaras untuk kualiti pemanduan terbaik.

Teknologi ini adalah ciri untuk Continuously Controlled Damping yang boleh dipesan semasa pembelian Focus baharu. 

 

Ford Focus

 

Ford membangunkan sistem suspensi ini menggunakan jalan yang direka khas di tapak ujian di Belgium. Fasiliti ini terdiri daripada beberapa contoh jalan berlubang paling teruk dan berbahaya dari serata dunia.

Pasukan jurutera kemudian menambah baik sistem ini melalui ratusan jam ujian di pelbagai jenis jalan awam Eropah.

Perkakasan bagi mengawasi bebanan dan halangan ini sama seperti yang digunakan ahli seismologi dalam mengkaji gempa bumi.

Hebat sunggguh!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
  Selain itu, XR3 dijual pada harga yang berdaya saing dan gabungan ciri-ciri tersebut…
Uncategorized
Farley berkata platform baharu itu sepatutnya membolehkan Ford mengeluarkan dan menjual EV yang…