Ford Ranger Wildtrak 2.2L - RM127,888!

oleh HEZERI SAMSURI|
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan model tambahan terbaru kepada barisan trak pikap yang popular di Malaysia, Ford Ranger Wildtrak 2.2L. 

Dijual pada tanda harga RM127,888 bagi Semenanjung Malaysia (RM133,888 bagi Sabah dan Sarawak, Ford Ranger Wildtrak terbaru ini menawarkan kepada pengguna trak pikap yang dibuktikan teguh, paling berkemampuan dan serba boleh pada harga yang mampu milik.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ford Ranger Wildtrak ini didatangkan dengan tiga pilihan warna termasuklah Cool White, Pride Orange dan Shadow Black.


Menurut Pengarah Urusan Sime Darby Auto Connexion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, beliau berkata: "Ranger telah terbukti menjadi trak pikap kegemaran rakyat Malaysia, dan penawaran varian Wildtrak 2.2L ini dilihat mampu memberikan pilihan kepada pengguna bagi memiliki trak yang terbukti teguh dan berkemampuan tinggi di dunia."

 

Ford Ranger Wildtrak ini hadir dengan enjin 2.2 liter diesel Duratorq empat silinder sebaris TDCi ini mampu menghasilkan 160 PS seawal 3,000 rpm  dan kuasa tork setinggi 385 Nm seawal 1,600 ke 2,600 rpm putaran enjin.

 

Dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, enjin tersebut telah ditala semula bagi memberikan penghantaran kuasa yang diperlukan di samping memberikan penjimatan kepada pengguna. 

 

 

Ford Ranger Wildtrak juga didatangkan dengan ciri yang pintar seperti sistem SYNC 3 dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. 

 

 

Ciri keselamatan juga tidak ketinggalan apabila Ranger Wildtrak 2.2L ini turut dilengkapi dengan ciri seperti 
-Amaran Perubahan Laluan (Lane Departure Warning), 
-Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Alert) yang memberikan amaran berbentuk visual pada cermin hadapan
-Kawalan Kestabilan Elektronik dengan kawalan cengkaman supaya kenderaan di dalam kawalan
-Bantuan Mula Mendaki (Hill Launch Assist)
-Bantuan Menurun Bukit (Hill Descent Control)
-Bantuan Brek Kecemasan (EBA)
-enam buah beg udara
-cagak ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak
 

 

Dibina dan direka bentuk supaya mampu meredah sebarang permukaan bumi yang pelbagai dengan mudah, Ford Ranger Wildtrak 2.2L mempunyai jarak kelegaan tanah setinggi 235 mm, kemampuan meredah air setinggi 800 mm, dan kemampuan menarik beban seberat 3,500 kg. 

 

 

Pembeli terawal varian Ranger Wildtrak 2.2L ini bakal ditawarkan pakej servis dan penyelenggaraan percuma selama dua tahun atau 40,000 km yang mana terdahulu. Tawaran ini  juga terpakai kepada varian Wildtrak 3.2L.
 

Bersempena ulang tahun SDAC yang ke-10, pembeli Ranger Wildtrak 2.2L turut berpeluang untuk memenangi sebuah Ford Fiesta 1.5L Sport dan 15 buah telefon pintar Huawei Mate 10 Pro . Pemenang akan ditentukan menerusi cabutan bertuah bulanan dan pemenang utama akan diumumkan pada tarikh akhir promosi iaitu 30 Jun 2018.

 

Untuk maklumat lanjut, layari laman web berbilang bahasa SDAC di alamat: www.sdacford.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4x4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…
Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu terbabit dengan sengaja meletakkan kenderaannya di tepi jalan…