Ford Ranger T1+ berlumba dalam Rali Dakar 2024, guna Ranger Raptor T1+ pada 2025!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ford Ranger T1+
Ford Ranger T1+
Perkembangan Ford di dalam sukan permotoran global memang menarik kebelakangan ini. Satu persatu berita diumumkan.

Tidak hanya Kejohanan Rali Dunia (WRC), Ford mahu berlumba di dalam Formula 1, Le Mans dan terbaru Rali Dakar 2024. Lengkap semuanya!

Cabaran terbaru itu digalas Ford Performance dan menariknya belum pernah disertai sebelum ini. Rali Dakar satu daripada perlumbaan mencabar di dunia.

Jentera yang digunakan pula tidak lain tidak bukan pikap Ranger atau secara spesifiknya Ranger T1+.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Ford Ranger T1+

 

Satu pemilihan dan penjenamaan tepat memandangkan Ranger dijual di serata dunia.

Langkah pertama perancangan bertahun itu dengan menyertai, menghabiskan dan belajar dahulu tentang Rali Dakar.

Ford Performance bekerjasama dengan M-Sport dan Neil Woolridge Motorsport (NWM) untuk pembangunan kenderaan, penyelenggaraan dan pengurusan acara.

Ford Ranger akan bersaing di dalam Rali Dakar 2024 dari 5 hingga 19 Januari di Arab Saudi di dalam kategori Rally Raid T1+.

 

Ford Ranger T1+

 

Beberapa fasa pembangunan telah pun berjalan pada tahun ini menggunakan Ranger T1+ yang diubah suai dari Ranger terdahulu dengan enjin 3.5 liter EcoBoost.

Sebelum berangkat ke Rali Dakar, jentera itu akan diuji di dalam beberapa perlumbaan seperti di Sepanyol dan Maghribi pada Julai dan Oktober depan.

Untuk Rali Dakar 2025, Ford Performance dan M-Sport akan membangunkan jentera baharu Ranger Raptor T1+ mengikut kategori perlumbaan T1+.

 

Ford Ranger T1+

 

Ford Performance belum mengumumkan pasangan pemandu untuk 2024. Saingan kategori T1+ dibarisi oleh pasangan pemandu, jentera dan pasukan hebat.

Sebagai contoh, senarai 2023 terdiri daripada Nasser Al-Attiyah dan Matthieu Baumel, Sébasitien Loeb dan Fabian Lurquin, Toyota GR DKR Hilux dan Prodrive Hunter T1+.

Ford Raptor RS juga menyertai perlumbaan tahun ini dan menduduki tempat keenam.

Penulis: Muhammad Md Tajudin