Ditawarkan dalam 19 unit sahaja, kesemua Ford Ranger Splash didatangkan dalam layangan warna hitam serta tambahan aksesori seperti:
- bar kangaroo hitam matte
- rim aloi hitam
- gril hadapan unik
- pelindung cermin sisi
- sports bar
- fender flare
Menariknya, bagi menambahkan lagi daya tarikan pada Ford Ranger Splash ini, terdapat tambahan aksesori seperti kamera 360 darjah, decals Ranger Splash fluorescent, serta alat pembaca tol terbina dalam.
Ford Ranger Splash Limited Edition ini merupakan trak pikap pertama yang dijual menerusi platform eCommerce manakala untuk melihat dengan lebih dekat, boleh berkunjung ke Pusat Pameran Ford Petaling Jaya 2.
Untuk menempah, anda perlu menggunakan fungsi Chup Dulu yang terdapat di aplikasi Lazada, dengan deposit serendah RM139, sebelum melakukan check-out dan membayar baki selebihnya (RM1,250) pada 11 November 2019.
Pembeli akan dihubungi oleh wakil dari Ford untuk melengkapkan pembelian di mana-mana pusat pameran yang berdekatan.
11 pembeli pertama Ford Ranger Splash Limited Edition ini akan menerima Gift Card dari Petronas bernilai RM500 selepas selesai proses penghantaran dibuat.
Dari segi spesifikasi, Ford Ranger Splash menggunakan asas daripada varian XLT, dengan enjin 2.0 liter turbo tunggal digandingkan dengan transmisi automatik 10 kelajuan, menghasilkan 180 PS dan 420 Nm.